Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2011

Estimaku sakit

Dah 3 minggu Estimaku terlantar sakit di hospital.
Selepas balik daripada Cameron Highlands,
dia mula batuk2 dan selsema.
Start enjin takda masalah.
Bila dah jalan pun takda masalah.
Tetapi bila berhenti kat simpang atau lampu isyarat,
dia mula terbatuk2 dan kadang2 terus diam.
Seminggu di hospital doktor masih belum jumpa penyakitnya.
CT Scan dah buat tetapi normal.
Doktor syak sensor alarm yang aku pasang 5 tahun dulu,
telah mengganggu sistem enjin yang ada.



Ada kawan suggest bawak ke Toyota Service Center di Plentong.
Tapi aku percaya kat doktor yang merawatnya sekarang.
Kalau tak sembuh jugak selepas keluar wad,
barulah pindah ke hospital lain pulak.
Bila kereta demam aku pun demam.
Walaupun ada insurans tapi sakit pening mana boleh claim?
Hanya accident kaw2 baru boleh claim.
Jadi kena keluar duit daripada poket jugak.
Aku sayang sangat Estimaku ini.
Dah 5 tahun pakai tanpa masalah.
Baru kali ini dia sakit tenat.



Ini berita terbaru.
Doktor kata gearbox Estima aku puncanya.
Nak kena bedah dan tukar baru.
Nasib baik aku ada kawan mekanik.
Dia yang tolong aku carikan gearbox 2nd hand.
Harap2 hujung minggu ini Estimaku boleh keluar wad.
Boleh aku test drive ke Desaru guna highway yang baru tu.
VF dah terbayang2 dalam kepala...

13 ulasan:

  1. ayo~~gearbox kah? rabak~~he~~

    *sabar je la~

    BalasPadam
  2. Gearbox 2nd hand dah 3 ribu.
    Itu belum yg lain2.
    Tahun ini kira tak beraya nampaknya...

    BalasPadam
  3. pakai gearbox emas doc leh tahan sampai bila2.. ihiks, gurau2 jer

    BalasPadam
  4. Doc, bila dah mula sakit2 ni elok kasi pencen jer. Dah 5 tahun berkhidmat, kalau nak bela juga nasib2 duit ubatnya + instalment macam boleh bayar instalment VF. Dekat nak raya ni, sedang elok la tu..interest rate pun masih ok lagi utk recond car...amacam? berjemaah kita keluar VF, boleh nego harga baik2..

    pakmat-jb

    BalasPadam
  5. en_me,
    kalau boleh saya nak bubuh emas semuanya.
    mcm bot yg harga 3 bilion pound tu.
    tapi nak beli emas utk wife pun asyik bertunda aje.
    habis camna?

    BalasPadam
  6. pakmat jb,
    geng estima saya suruh upgrade ke ACR50.
    kalau VF, dah tak boleh geng lagi.
    habis camna?

    BalasPadam
  7. Doc, O2 sensor tak check..keta aku pun macam tu gak dulu..bila idling, dia semput...batuk2 pastu nak mati enjin..

    rupanya O2 sensor..

    BalasPadam
  8. taz,

    dah tukar gearbox dah.
    harap2 itu sebabnya.
    kalau O2 sensor tu saya tak pasti,
    diaorang check ke tidak.

    thanks for the info.

    BalasPadam
  9. Doc, kalau tukar ACR50 tu kire alang2 jer macam tak tukar. ACR50 tu pun dah banyak tahun tak lama lagi keluar facelift la tu, apa kata Doc yg mulakan keluar VF, pastu racun geng estima pulak, tubuhkan VFOG pasal kat M'sia ni belum ada VF club lagi..so masih boleh geng lagi..
    Dapat beberapa orang nak convert VF boleh kite berjemaah sebelum raya ni. Usah pening, yang penting happy.

    pakmat-jb

    BalasPadam
  10. pakmat JB,

    kalau nak bayar ansuran bulan2 masih mampu,
    tapi nak bayar downpaymentnya yg tak mampu.

    belum tercapai dek poketku...
    :(

    BalasPadam
  11. Doc, check e-mail. Tq

    pakmat-jb

    BalasPadam