Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Aku dan Baju Raya

Raya tahun lepas kurang seronok sebab pakai baju recycle.
Jadi tahun ini aku tempah baju melayu baru.
Warna sedondon anak-beranak.
Tapi ada yang lebih seronok.
Selepas beberapa tahun mengumpul duit,
selepas berpuluh kali keluar masuk Al-Ikhsan,
baru tahun ini aku mendapatkannya.



Jersi original Liverpool FC.
Ini semua Suarez punya pasallah.
Malaysian by birth.
Liverpool by choice.


Aku dan Bunga Raya

Bunga Raya.
Bukan bunga kebangsaan negara.
Tapi bunga untuk hari raya.



Tahun ini rumah aku guna barang2 recycle tahun lepas.
Takda yang baru nampaknya.
Jadi wife kumpul bunga2 yang lama,
cuci dan jemur.
Lepas tu beli bunga2 baru sikit2
dan gubah semula.



Dapat juga 10 jambangan baru.
Atas meja kopi, atas meja makan,
atas peti sejuk, atas tangga,
sebelah sofa, sebelah tv.
Juga bagi kat emak mertua dan kakak ipar juga.



Nasib baik wife pandai gubah bunga.
Kalau nak beli kat Ayer Hitam sana,
satu pasu dah lebih 30 ringgit.
Yang beratus ringgit pun ada.



Aku belum balik kampung lagi.
Banyak lagi benda nak buat kat rumah.
Kampung pun bukannya jauh sangat.
Tak lalu highway pun.
Lepas ni nak pergi shopping baju raya dulu.


Aku dan Malam Minggu

Pukul 10 malam.
Malam minggu.
Cadang nak jalan2 ke Pandan City.
Ada pasar basah, ada UpTown Bazaar dan ada jersi EPL tiruan.
Turun daripada highway Utara Selatan,
dah nampak kesesakan yang sangat teruk.
2 lorong dah jadi 4 lorong.
Jem sepanjang jalan sampai depan Mutiara Motors sana.
Aku teruskan sahaja perjalanan ke Johor Bahru.
Patah balik ke Senai melalui jalan tepi Pantai Lido/Danga Bay.
Lama benar aku tak melalui jalan2 ini.
Banyak jalan2 yang dah siap.
2 lorong dah jadi 4 lorong.
Aku melalui lebuhraya baru menuju ke Taman Perling dan masuk Linkedua.
Tengahmalam baru sampai ke rumah.
Anak2 dan wife bising kata perjalanan membuang masa.
Tesco, Giant, Jusco, Angsana semua dah tutup kata mereka.
Tapi tidak begitu padaku.
Aku dah update jalan2 baru dalam GPS-mindaku.


Aku dan Kuih Raya

Cuti sekolah bermula semalam.
Anak2 sibuk nak buat kuih raya.
Tapi hanya sempat siapkan satu jenis sahaja.
Lepas tu Ainaa demamlah pulak.



Ini kuih favorite anak2ku.
Cornflake yang dibakar dengan madu.
Modalnya murah sahaja rupanya.
Tapi kalau beli di luar,
dah sama mahal dengan harga mercun/bunga api.



Dulu masa aku kecik2,
emak mesti buat biskut kacang dan biskut kelapa.
Adunannya sama sahaja.
Cuma satu tambah kacang tanah,
satu lagi tambah kelapa yang telah digoreng.
Lepas tu bakar guna dapur minyak tanah.
Arwah nenek aku tahu kuih kegemaranku.
Bahulu gulung yang berintikan nanas.
Telur dipukul gunakan tangan dan dibakar guna sabut kelapa.
Untuk elakkan dimakan semut,
nenek gantung kuih tu dalam bakul di tengah rumah.



Satu lagi kuih yang emak selalu buat;
Kelapa yang disira dengan gula.
Masa tu pokok kelapa keliling rumah.
Kelapa yang belum tua dipotong2 isinya dan dijemur.
Kemudian direndam dalam pewarna sebelum disira dengan gula.
Sekarang kelapa dah mahal.
Pokoknya pun dah takda.

Aku, Kad Raya, Hamper Raya dan Kuih Raya

Dunia dah semakin berubah.
Kad2 raya dah semakin dilupai.
SMS, MMS, FB, Twitter dah menggantikannya.
Dah lebih 10 tahun aku berhenti mengirim kad raya.
Rasanya sejak wife dah ada depan mata,
aku dah tak beli kad raya lagi dah.
Tapi setiap tahun aku masih menerimanya.
Cuma semakin lama makin kurang nampaknya.



Tahun ni cuma dapat 10 keping sahaja.
Semuanya daripada syarikat2 ubat dan doktor2 pakar di KPJ.
Takda VIP atau kerabat diraja yang nak beri kat aku.



Semalam aku dapat satu hamper daripada wakil syarikat ubat.
Balik2 jajan dan air berkarbonat.
Bagilah makanan yang berkhasiat sikit.
Tapi orang dah beri terima ajelah.



Cuma petang ni ada bagus sikit.
Ada wakil daripada KPJ Johor datang beri kuih raya kat aku.
Pertama kali tu. Sejarah.
Dah beribu2 kes aku rujuk kat mereka,
baru tahun ini mereka ingat nak beri kuih kat aku.
Aku tak mintak semua itu tetapi aku rasa dihargai.
KPJ dan doktor2nya makin kaya-raya.
Tapi aku sekadar dapat kuih raya aje.
Syukurlah...



Aku dan Cinta Muka Buku

Aku bukan minat sangat dengan artis2 baru.
Aku lebih suka layan lagu2 lama.
Lagu2 rock 90-an.
Muzik dan lirik lagunya senang nak ingat dan faham.
Tapi artis ni lain daripada yang lain.
Sekali dengar lagunya terus tertawan.
Umurnya baru 16 tahun.
Budak Batu Pahat Johor pulak tu.
Video klipnya dah 1/2 juta orang yang tengok.
Blog dia berbelas ribu yang follow.
Macam Justin Bieber jugaklah kisahnya.
Semoga beliau berjaya sampai ke peringkat dunia.





Nama:Imratul Najwa bt Abdul Latif

Tarikh Lahir : 23 hb Mei 1995

Tempat Lahir : Batu Pahat Johor

Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.

Blog : www.najwalatifs.blogspot.com


Aku dan Ego Lelaki Siri 2

Anda ingat kisah lelaki ini?
Kisah pesakit no 2.
Selepas seminggu berjumpa denganku,
dia akhirnya masuk ke wad hospital kerajaan.
Selepas 5 hari baru dia dibenarkan pulang.
Sakit jantungnya tidak seteruk mana.
Ada lagi penyakitnya yang lebih serius.
Buah pinggangnya tinggal 20% sahaja yang berfungsi.
Dia dah perlu berkira2 untuk buat dialisis.
Rupa2nya dia selalu makan ubat tahan sakit untuk penyakit goutnya.
Dia jarang ke klinik tetapi selalu beli di farmasi.
Itu antara punca kegagalan buah pinggangnya.
Dia seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri.
Isterinya tidak bekerja.
Anaknya 5 orang dan yang sulung baru mendapat tawaran ke UMS.
Dia tiada KWSP.
Dia juga tiada insurans kesihatan.
Petang semalam kawan baiknya datang berjumpa aku.
Dia sangat murung dan dah hampir 3 minggu tak ke pejabat.
Isterinya tak tahu bagaimana nak menolongnya.
Selepas keluar hospital dia pernah berjumpa denganku.
Aku rujuk dia ke pakar Nefrologi di Puteri Specialist Hospital.
Doktor pakar hanya kata tungg…

Aku dan Lagu Raya

Minggu terakhir bulan Ramadan.
Cuaca mendung.
Pesakit pun kurang.
Layan lagu2 raya untuk hilangkan kebosanan.
Ini lagu yang paling aku suka dengar.
Paling jiwang.
Paling tangkap leleh.
Terkenang masa jadi student dulu.
Duduk merantau dan jauh daripada keluarga.





Aku dan Projek Hujung Minggu Ini

Aku dan Cuti Raya

Sekejap aje lagi dah nak raya.
Lagu2 raya pun dah berkumandang di radio.
Ringtone handphone pun dah tukar ke lagu raya.
Tapi mood raya aku belum sampai lagi.
Rumah masih bersepah.
Baju raya belum siap.
Kuih raya langsung takda.
Tapi yang pasti tahun ini aku cuti paling panjang.
Biasanya 4-5 hari sahaja.
Tapi tahun ini 28 Ramadan sampai 6 Syawal.
Jadual cuti ofis dah keluarkan.
Klinik2 cawangan lain pun lebih kurang jugak.
Maklumlah ada tambahan cuti hari kebangsaan.
Kalau kerja pun staf mintak gaji triple tu.
Apa nak buat cuti panjang2 ni ya?

Aku Dah Bosan Jadi GP

Artikel di bawah aku cilok daripada DrPagal.
Memang betul cakap2 dia.
Ramai yang kata jadi GP ni senang.
Seharian duduk dalam bilik beraircond dan tunggu pesakit datang aje.
Sorang pesakit anggaran 5-7 minit.
Sakit demam batuk, sakit kepala, sakit perut, etc.
Tulis MC, tulis surat rujukan, etc.
Lepas tu boleh charged paling minimum 20 ringgit.
Kalau sehari dapat 70 pesakit, kiralah berapa untungnya.
Itu belum kira untung jual ubat lagi.
Tapi realitinya?
Nantilah.
Bila aku senang2 aku cerita betapa ruginya jadi GP ni.
Buat masa ini bacalah dulu artikel ini.

General Practitioners (GPs)
In Malaysia, anyone can become a GP after completing 4 years of compulsory service with the government. GPs were the first private healthcare service providers in this country. They were highly respected by the community as almost equivalent to a specialist. In 1970s and even 1980s, specialists in various disciplines were a rare species in our healthcare system and thus the community con…

Aku dan Annual Practising Certificate

Awal tahun tempohari aku dapat surat ini.
Doktor2 swasta macam aku tak perlu susah2 lagi dah.
Kalau dulu nak memohon APC ni susahlah jugak.
Mula2 kena print borang tu secara online.
Lepas isi kena pos ke Putrajaya.
Kena tulis cek ataupun buat kiriman wang.
Lepas beberapa bulan barulah dapat APC tersebut.
Itupun kalau tak sesat kemana2.
Pernah sekali tu APC aku sesat ke Jabatan Kesihatan JB.
Jenuh aku kena call sana call sini.
Siap kena buat laporan polis lagi sebelum dapat salinan asal.
Tapi mulai tahun ini segalanya telah dipermudahkan.
Semuanya boleh guna online sahaja.
Data semua dah ada.
Tinggal klik2 aje.
Bayar pun online guna credit card ataupun bank transfer.
Tak sampai pun lima minit.
Tapi kena tunggu jugak mereka poskan APC tu.
Kali ini aku dapat nombor 3 angka sahaja.
Setakat hari ini baru 400 lebih yang telah mendaftar.
Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu APC,
sila baca di sini.
Aku obses sikit dengan nombor siri APC aku.

Aku dan Rezeki Bulan Puasa

10 Ramadhan hari ini.
Berpuasakah anda?
Kat simpang jalan berhampiran klinik aku,
ada satu warung segera dibuka sejak awal Ramadhan lalu.
Waktu operasinya antara jam 11 pagi- 3 petang.
Anak2 aku sering bertanya kepadaku,
"Awalnya mereka beli juadah berbuka puasa?"



Dah beberapa hari aku buat pemantauan.
Walaupun bulan Ramadhan kena sentiasa bersangka baik,
tetapi kenapa waktu lunch time dah sibuk nak beli makanan?
Nak kata bukan beragama Islam,
kulit semua gelap2 macam aku jugak.
Terasa malu dan sedih.
Anak2 sekecil 7 tahun boleh berpuasa,
tetapi umur dah lebih 30 tahun masih tak berpuasa.
Juga tak malu menunjuk2 bahawa mereka tak berpuasa.
Yang menjual makanan pun sama 2 X 5.
Mencari rezeki halal tetapi bersubahat dengan orang tak berpuasa.
Tengahari ini paling sibuk aku tengok warung tu.
Ada 5 kenderaan berbaris di tepi jalan tersebut.
Semoga Allah memberkati rezeki yang diterima.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang makcik berumur lewat 50-an.
Mengadu sakit telinga sejak 4 hari yang lalu.
Sebelum ke klinik aku dia dah ke Klinik 1Malaysia.
Pembantu Perubatan kata sakit bisul sahaja.
Sekadar diberikan PCM.
Tiada ubat2 lain.
Anaknya tak puashati lalu singgah di klinik aku.
Dari pandangan mata kasar dah nampak puncanya.
Seekor kutu babi gemuk sedang menghisap darah dicuping telinganya.
Aku tak tahu apa yang diperiksa oleh Pembantu Perubatan tadi.
Terkejut makcik tu bila aku tunjukkan kutu babi yg masih hidup tu.
Macam aku cerita semalam.
Inilah taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia sekarang.
Inilah klinik 1Malaysia yang dibangga2kan oleh Najib.

Aku dan Consultation Fee

Kalaulah aku boleh charge ikut masa,
kan lebih bagus.
Makin lama dengan aku, makin mahal bayarannya.
Makin banyak soalan, makin mahal bayarannya.
Ini tidak.
5 minit ke, 10 minit ke, 20 minit ke, 
bayarannya tetap sama.


Apatahlagi kalau lepas tanya banyak2,
satu ubat pun tak nak ambik.
Lepas tanya soalan banyak2,
semua ubat tak nak.
Cuma nak luahkan perasaan sahaja.
Bagaimana pula dengan house call consultation?
Bagaimana pula dengan phone call consultation?


Kalaulah aku fix ikut carta di bawah,
dah lama aku jadi jutawan.
Tapi aku selalu ingatkan diriku sendiri.
Menjadi doktor bukan untuk kaya.
Menjadi doktor bukan untuk mewah.
Menjadi doktor untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Menjadi doktor kerana Allah.
Biar rezeki lebih berkat dan melekat.
Aku akan sentiasa ingat yang itu. 


Tapi kadang2 aku naik bengang.
Pesakit tidak menghargai.
Berbuih mulut memberi nasihat.
Ubat masih tak makan.
Masih percaya kat ubat2 MLM.
Masih nak cari tok bomoh.
Aku juga naik fed up.
Pesakit mengambil kesempatan.
Sikit2 nak MC.
Setiap bula…

Aku dan Politik Lagi

Padaku jika UMNO masih berfikir bahawa mereka akan menang
PRU 13 dengan majoriti lebih besar,
itu hanyalah angan2 mereka semata2.
Dunia dah berubah.
Politik Malaysia juga dah berubah.
60% pengundi Malaysia adalah berumur bawah 40 tahun.
Mereka dah tak lagi sekadar tengok TV3 sahaja.
Mereka juga dah tak lagi sekadar baca Utusan Malaysia sahaja.
Mereka semua celik IT dan dah pandai berinternet.
Zahid: BN will win big in polls KUALA LUMPUR: An Umno vice-president has dismissed the findings of a recent polls dry run which showed Barisan Nasional losing the Negri Sembilan and Perak Governments to the Opposition.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Barisan would in fact win a bigger majority due to stronger support, not only from the Malays, but from the other races as well.
“This will be proven at the next general election,” he said at Mindef yesterday.
Dr Zahid, who is also the Defence Minister,, was responding to an online news report which published the findings on Monday…

Aku dan Ego Lelaki

Pesakit #1:

Lelaki berusia awal 40-an.
Pengurus kilang.
Isteri seorang guru.
Anak 5 orang.
Dia ada darah tinggi.
Makan ubat hanya bila perlu iaitu kalau sakit kepala.
Tak suka ke klinik kecuali selepas dipaksa isterinya.
Tak mengaku berpenyakit dan sentiasa ambik mudah.
Kalau didepanku, semuanya sihat.
Sakit biasa2 sahaja.
Tetapi isterinya selalu mengadu macam2 pasal suaminya.
Terakhir dia mengadu batuk lebih 3 minggu.
Macam2 ubat dah makan tapi tak jalan.
Akhirnya dia berjumpa doktor pakar selepas dipujuk isterinya.
Terkejut bila diberitahu jantungnya bermasalah dan sudah lemah.
Batuknya disebabkan paru2nya basah dan kembang.
Dia dinasihatkan ke Singapura untuk pemeriksaan lanjut.
Sekarang dia mula rajin makan ubat.
Dia tak miss appointment dengan doktor pakar.
Aku harap dia insaf.

Pesakit #2:

Seorang lelaki awal 40-an.
Bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Dia ada Darah Tinggi, Asthma, Gout juga Diabetes.
Merokok jangan tanyalah.
Dah lama dia tak datang jumpa aku.
Alasannya kesibukan kerja dan selalu out stati…

Aku di MPH Taman Universiti

Lama tak beli dan baca buku.
Terakhir awal tahun ini.
Waktu tengah kemaruk cari buku tulisan Tun M.
Sekarang ni kat MPH tengah ada Sale.
Diskaun gila2 punya.
20-30% untuk kebanyakan buku.



Banyak jugak buku2 yang menarik untuk dibeli.
Buku tentang kepimpinan Najib menarik perhatianku.
Tulisan ahli UMNO sendiri.
Banyak pemerhatiannya yang boleh digunapakai.
Tiada ayat2 kesat dan maki hamun.
Tiada ayat2 bodek-membodek.
Jika pemerhatiannya benar,
akan kalah teruk UMNO/BN dalam PRU akan datang.



Lagi dua buku aku belum sempat nak baca lagi.



Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan2.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik
banding tahun2 yang lepas.
Johor cuti umum hari ini.
Bolehlah shopping sakan di Plaza Angsana.