Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Ogos 2011

Aku dan Ego Lelaki Siri 2

Anda ingat kisah lelaki ini?
Kisah pesakit no 2.
Selepas seminggu berjumpa denganku,
dia akhirnya masuk ke wad hospital kerajaan.
Selepas 5 hari baru dia dibenarkan pulang.
Sakit jantungnya tidak seteruk mana.
Ada lagi penyakitnya yang lebih serius.
Buah pinggangnya tinggal 20% sahaja yang berfungsi.
Dia dah perlu berkira2 untuk buat dialisis.
Rupa2nya dia selalu makan ubat tahan sakit untuk penyakit goutnya.
Dia jarang ke klinik tetapi selalu beli di farmasi.
Itu antara punca kegagalan buah pinggangnya.
Dia seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri.
Isterinya tidak bekerja.
Anaknya 5 orang dan yang sulung baru mendapat tawaran ke UMS.
Dia tiada KWSP.
Dia juga tiada insurans kesihatan.
Petang semalam kawan baiknya datang berjumpa aku.
Dia sangat murung dan dah hampir 3 minggu tak ke pejabat.
Isterinya tak tahu bagaimana nak menolongnya.
Selepas keluar hospital dia pernah berjumpa denganku.
Aku rujuk dia ke pakar Nefrologi di Puteri Specialist Hospital.
Doktor pakar hanya kata tunggu dan lihat.
Doktor pakar juga suruh dia bersedia untuk mula buat dialisis bila2 masa.
Kesihatannya makin merosot.
Hb 10.7, Urea 23.0 dan Creatinine 624.
Beginikah berakhirnya cerita ego seorang lelaki?
Tunggu Siri 3.

8 ulasan:

  1. harap ini jadi pengajaran...

    BalasPadam
  2. HB 10 tu mmg dah ciri2 chronic disease. Se Urea/Cr tinggi tu...dia kerja dgn JPN, takde KWSP? Ke dia ambik skim pencen? Medical expenses Govt cover kan?

    BalasPadam
  3. sgt sedih tgk nasib pt with CRF.. byk complications. dulu masa kerja kat nephro, selalu sgt pt dtg Creat dah tinggi menggunung, uraemic.. semua gara2 sebab tak nak buat dialisis, taknak pasang temporary IJC, pergi berubat kampung dan percaya dgn iklan2 'ajaib' sesetengah machine/product. dan kebanyakan mereka adalah pakcik2 makcik2 bangsa kita yg ditipu oleh bangsa kita jugak :(

    BalasPadam
  4. 624 jer? jangan depress sangat... tak sampai 1000 lagi tu

    hehe.. kejam tak kalau cakap camtu kat dia? ;)

    BalasPadam
  5. GB,

    Pengajaran utk orang2 yang masih sihat.
    Termasuk diri saya sendiri.

    BalasPadam
  6. DZ,

    Sebagai kakitangan k'jaan,
    rasanya 100% ditanggung kerajaan.
    Tetapi sebagai permulaan,
    rasanya masih kena keluar duit sendiri dulu.
    Utk buat AVF dsbnya.
    Nak raya tu beb.
    Anak nak masuk U lagi...
    Kalau saya pun depressed.

    BalasPadam
  7. Elyn,

    Masa saya jumpa kali ke 2,
    mula2 sekali saya cakap kat dia,
    jangan percaya dengan ubat2 yg dijual oleh kawan2 MLM.
    Jangan buang duit kerana percaya ada ubat yg boleh menyembuhkan penyakitnya.
    Dia masih berkira2 nak buat AVF tu.
    Masih nak ikhtiar cara lain dulu.

    BalasPadam
  8. h4ni3,

    Saya tergerak nak cakap segala2nya dah terlambat.
    Tapi tak sampai hati.

    BalasPadam