Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Ogos 2011

Aku dan Ego Lelaki



Pesakit #1:

Lelaki berusia awal 40-an.
Pengurus kilang.
Isteri seorang guru.
Anak 5 orang.
Dia ada darah tinggi.
Makan ubat hanya bila perlu iaitu kalau sakit kepala.
Tak suka ke klinik kecuali selepas dipaksa isterinya.
Tak mengaku berpenyakit dan sentiasa ambik mudah.
Kalau didepanku, semuanya sihat.
Sakit biasa2 sahaja.
Tetapi isterinya selalu mengadu macam2 pasal suaminya.
Terakhir dia mengadu batuk lebih 3 minggu.
Macam2 ubat dah makan tapi tak jalan.
Akhirnya dia berjumpa doktor pakar selepas dipujuk isterinya.
Terkejut bila diberitahu jantungnya bermasalah dan sudah lemah.
Batuknya disebabkan paru2nya basah dan kembang.
Dia dinasihatkan ke Singapura untuk pemeriksaan lanjut.
Sekarang dia mula rajin makan ubat.
Dia tak miss appointment dengan doktor pakar.
Aku harap dia insaf.

Pesakit #2:

Seorang lelaki awal 40-an.
Bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Dia ada Darah Tinggi, Asthma, Gout juga Diabetes.
Merokok jangan tanyalah.
Dah lama dia tak datang jumpa aku.
Alasannya kesibukan kerja dan selalu out station.
Kebelakangan ini dia mula mengadu sakit dada dan sesak nafas.
Dia juga mudah penat.
Banyak tophi di sendi2 beliau.
Kakinya bengkak dan berkudis.
Dia selalu makan di luar.
Jadi susah nak berpantang walaupun ada penyakit macam2.
Tadi aku buat ECG untuk dia.
Nampak ada changes di Anterior Lead.
Tekanan darah dan paras gula agak tinggi.
Aku cadang nak masukkan dia ke wad.
Tetapi dia mintak tangguh seminggu lagi.
Banyak urusan kerja katanya.

Cerita di atas adalah sekadar contoh betapa tingginya ego lelaki.
Kebanyakkan pesakit lelaki yang aku jumpa sukar mengaku sakit mereka.
Walaupun bermacam bukti aku dah tunjukkan,
walaupun badan nak macam kereta buruk,
mereka masih enggan mengaku dan menerima hakikat
bahawa mereka sememangnya berpenyakit.
Mereka tetap menjalani hidup seperti biasa,
makan apa sahaja mereka nak makan,
mementingkan kerja lebih daripada segalanya.
Mereka tak mahu dilihat berpenyakit oleh rakan2 mereka.
Bila keadaan dah semakin teruk,
isteri yang lebih risau banding dirinya.
Inilah ego lelaki.
Sebagai lelaki akupun gagal nak memahami mereka.
Nasib baik mereka ini bukan jenis mudah percaya ubat2 MLM.
Itu dah jadi cerita lain pulak.

3 ulasan:

  1. ayah saya pun sama. taknak mengaku sakit.

    tapi kalau mak saya yg sediakan ubat dia makan aje.

    BalasPadam
  2. aduh~~terasa la plak baca entri ni~saya da lama tak buat medical checkup~

    BalasPadam
  3. Benar.

    Dan memang agak sukar buat saya nak nasihat lelaki yang dah masuk umur 40an ni..

    BalasPadam