Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Ogos 2011

Aku dan Kuih Raya

Cuti sekolah bermula semalam.
Anak2 sibuk nak buat kuih raya.
Tapi hanya sempat siapkan satu jenis sahaja.
Lepas tu Ainaa demamlah pulak.



Ini kuih favorite anak2ku.
Cornflake yang dibakar dengan madu.
Modalnya murah sahaja rupanya.
Tapi kalau beli di luar,
dah sama mahal dengan harga mercun/bunga api.



Dulu masa aku kecik2,
emak mesti buat biskut kacang dan biskut kelapa.
Adunannya sama sahaja.
Cuma satu tambah kacang tanah,
satu lagi tambah kelapa yang telah digoreng.
Lepas tu bakar guna dapur minyak tanah.
Arwah nenek aku tahu kuih kegemaranku.
Bahulu gulung yang berintikan nanas.
Telur dipukul gunakan tangan dan dibakar guna sabut kelapa.
Untuk elakkan dimakan semut,
nenek gantung kuih tu dalam bakul di tengah rumah.



Satu lagi kuih yang emak selalu buat;
Kelapa yang disira dengan gula.
Masa tu pokok kelapa keliling rumah.
Kelapa yang belum tua dipotong2 isinya dan dijemur.
Kemudian direndam dalam pewarna sebelum disira dengan gula.
Sekarang kelapa dah mahal.
Pokoknya pun dah takda.
Kuih2 moden yang bubuh nama pelik2 tu aku tak minat.
Padaku raya tanpa kuih raya pun takpa.
Janji ada ketupat, sambal goreng dan sayur lodeh.
Sehari 3-4 kali makan pun tak kisah.




2 ulasan:

  1. Nasib baik raya setahun sekali. Kalau banyak2 kali, jenuh nak buat kuih raya, nak tabur duit beli baju raya.. Lepas tu mak suruh buat kuih tart 2, 3 adunan. Lepas tu nak ganti puasa.. Aduh..

    ohh, selamat hari raya :)

    BalasPadam
  2. SSY,

    Selamat Hari Raya kepada awak juga.
    Salam perkenalan.

    BalasPadam