Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Ogos 2011

Aku dan Malam Minggu



Pukul 10 malam.
Malam minggu.
Cadang nak jalan2 ke Pandan City.
Ada pasar basah, ada UpTown Bazaar dan ada jersi EPL tiruan.
Turun daripada highway Utara Selatan,
dah nampak kesesakan yang sangat teruk.
2 lorong dah jadi 4 lorong.
Jem sepanjang jalan sampai depan Mutiara Motors sana.
Aku teruskan sahaja perjalanan ke Johor Bahru.
Patah balik ke Senai melalui jalan tepi Pantai Lido/Danga Bay.
Lama benar aku tak melalui jalan2 ini.
Banyak jalan2 yang dah siap.
2 lorong dah jadi 4 lorong.
Aku melalui lebuhraya baru menuju ke Taman Perling dan masuk Linkedua.
Tengahmalam baru sampai ke rumah.
Anak2 dan wife bising kata perjalanan membuang masa.
Tesco, Giant, Jusco, Angsana semua dah tutup kata mereka.
Tapi tidak begitu padaku.
Aku dah update jalan2 baru dalam GPS-mindaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan