Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Ogos 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang makcik berumur lewat 50-an.
Mengadu sakit telinga sejak 4 hari yang lalu.
Sebelum ke klinik aku dia dah ke Klinik 1Malaysia.
Pembantu Perubatan kata sakit bisul sahaja.
Sekadar diberikan PCM.
Tiada ubat2 lain.
Anaknya tak puashati lalu singgah di klinik aku.
Dari pandangan mata kasar dah nampak puncanya.
Seekor kutu babi gemuk sedang menghisap darah dicuping telinganya.
Aku tak tahu apa yang diperiksa oleh Pembantu Perubatan tadi.
Terkejut makcik tu bila aku tunjukkan kutu babi yg masih hidup tu.
Macam aku cerita semalam.
Inilah taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia sekarang.
Inilah klinik 1Malaysia yang dibangga2kan oleh Najib.

6 ulasan:

  1. hoh!!
    saya selalu jumpa!!
    cuping telinga.. dalam telinga..

    sangat sakit kan!!
    ( kalau tak nampak kutu babi DALAM lubang telinga.. boleh mahap lagi... ni kat cuping!!?? rabun apa??!!!)

    BalasPadam
  2. keh keh keh....
    itu namanya Rabun kutu Babi...
    berapa punya besaq pun dia x nampak...
    aku target yg buat check tu mesti dah taraf otai, diaorang wat sambil lewa ja, sbb gaji dh maksimum & tgh tunggu nak pencen...
    kalu pegi spital swasta pun kita leh kenal orang tu 'X' hospital kerajaan...

    BalasPadam
  3. patient saya pun sama..
    dikatakan 'kutil'
    saya kata 'ni 'kutil' kena samak ni'.. hehehe

    BalasPadam
  4. anak i kena gigit dgn kutu ni masa dia pungut rambutan masa kat kampung. kalau kena gigit dengan kutu ni tak bahaya ke? perlu kena amek suntikan anti apa apa yg perlu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah buat apa2.
      Kalau rajin cuci dengan Dettol ke apa.
      Walaupun keturunan babi,
      ini bukan najis berat.
      Tak payah disamak.

      salam singgah.

      Padam
    2. terima kasih bebanyak atas maklumat di atas :D

      Padam