Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Ogos 2011

Aku dan Politik Lagi



Padaku jika UMNO masih berfikir bahawa mereka akan menang
PRU 13 dengan majoriti lebih besar,
itu hanyalah angan2 mereka semata2.
Dunia dah berubah.
Politik Malaysia juga dah berubah.
60% pengundi Malaysia adalah berumur bawah 40 tahun.
Mereka dah tak lagi sekadar tengok TV3 sahaja.
Mereka juga dah tak lagi sekadar baca Utusan Malaysia sahaja.
Mereka semua celik IT dan dah pandai berinternet.

Zahid: BN will win big in polls

KUALA LUMPUR: An Umno vice-president has dismissed the findings of a recent polls dry run which showed Barisan Nasional losing the Negri Sembilan and Perak Governments to the Opposition.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Barisan would in fact win a bigger majority due to stronger support, not only from the Malays, but from the other races as well.

“This will be proven at the next general election,” he said at Mindef yesterday.

Dr Zahid, who is also the Defence Minister,, was responding to an online news report which published the findings on Monday.

He was confident Umno would perform better than it did at the 2008 general election “because voters have seen that Pakatan Rakyat is not a viable alternative”.

“Voters who voted for the Opposition at the last general election thought they would have a better Government. Now they realise it’s actually not true.”

Aku melihat kebanyakan pemimpin2 UMNO sekarang sebagai:
  1. tidak amanah.
  2. tidak ikhlas.
  3. kuat rasuah.
  4. suka mengumpul dan menunjuk2 kekayaan.
  5. tidak menjaga hati rakyat.
  6. berlagak sombong.
  7. tidak mesra rakyat.
  8. hanya berwajah manis bila pilihanraya hampir tiba.
Pemikiran pemimpin dan ahli2 UMNO tetap tak berubah. Mereka masih menganggap:
  1. hanya UMNO sahaja yang boleh membela nasib orang melayu.
  2. rakyat masih mengingati sejarah dan setia kepada mereka.
  3. rakyat masih merasa terhutang budi dengan jasa2 UMNO.
  4. rakyat masih boleh dimomok2kan dengan cerita2 tahyul dan karut.
  5. gula2 pilihanraya masih laku dan boleh diterimapakai.
  6. rakyat hanya menonton tv3 dan membaca suratkhabar Utusan sahaja.
  7. parti2 pembangkang hanya pandai bercakap sahaja.
  8. DAP dan PAS adalah parti rasis sedangkan mereka sendiri tidak rasis.
  9. PKR hanya dianggotai oleh orang2 yang kecewa dengan UMNO.
Sebagai rakyat Malaysia, inilah yang aku rasa sekarang:
  1. harga barang naik sewenang2nya selaras dengan kenaikan harga minyak.
  2. nilai matawang semakin kecil selaras dengan kenaikan harga minyak.
  3. kerajaan hanya pandai mencari kesalahan orang lain tanpa melihat cermin.
  4. isu skandal seks Anwar Ibrahim terlalu dibesar2kan sehingga aku jadi muak.
  5. isu Altantunya, isu kapal selam tidak dapat dijawab dengan bernas oleh Najib.
  6. isteri Najib kini menjadi bebanan kepada Najib sebagaimana KJ semasa pemerintahan Ahmad Badawi.
  7. Najib terlalu syok sendiri dengan agenda 1Malaysianya sedangkan ramai rakyat tak faham apa sebenarnya.
  8. Najib hanya menjaga orang2 Felda sahaja dengan memberi pelbagai imbuhan sedangkan yang lain2 dipinggirkan.
  9. Najib terlalu memberi muka kepada tuntutan bangsa2 lain tetapi meminggirkan bangsa Melayu. Isu Interlok satu daripadanya. Juga pembahagian biasiswa kepada lepasan SPM.
  10. 1Malaysia semacam cuba menyamakan bangsa Melayu dengan bangsa2 lain. Bangsa melayu takut hilang hak2 istimewa mereka.
  11. Layanan polis kepada perhimpunan Bersih 2.0 agak keterlaluan dan keujudan anasir2 luar termasuk komunis juga menghairankan.
  12. Kakitangan kerajaan semakin dibebankan dengan tugas yang pelbagai tetapi elaun2 dipotong atau dibekukan. Bonus tahunan pun tidak diberikan.
  13. Perkhidmatan kesihatan di hospital2 dan klinik2 kerajaan pun tidak berubah. Ubat2 banyak yang takda dan masa menunggu masih panjang walaupun doktor dah berlipat kali ganda ramainya.
  14. Program pemutihan warga asing merupakan satu pembaziran masa dan wang ringgit. Ianya tidak lebih sebagai satu projek yang menguntungkan kroni tetapi membebankan para majikan.
  15. Isu2 sosial seperti pelacuran, judi haram, ceti haram dan rumah2 urut masih tidak ditangani dengan sungguh2.
  16. Isu2 halal dan haram di kedai2 makan juga tidak ditangani dengan cekap dan telus.
Secara keseluruhannya, aku semakin tak suka dengan dasar2 Najib. Aku dengar Pulau Pinang lebih makmur ditangan Guan Eng. Aku jadi confused bila UMNO kata Guan Eng anti-Melayu dan MCA pula kata dia anti-Cina. Jadi dia sokong sapa? Komunis? Aku harap Najib akan segera sedar sebelum keadaan menjadi lebih parah. Najib tidak akan jadi lebih baik kalau asyik nak memalukan Anwar Ibrahim. Najib akan jadi lebih baik jika beliau membuat dasar2 yang menguntungkan semua rakyat dan bukannya golongan peneroka Felda sahaja. Najib juga perlu sorok2 sikit si Rosmah tu. Tak perlu tunjuk kat rakyat dia ada beg tangan baru, kasut baru dan baju baru yang sedondon warnanya.

Guan Eng defends himself

By KOW KWAN YEE

GEORGE TOWN: Chief Minister Lim Guan Eng has defended his style of administration after he came under attack by Umno and MCA for describing him as an anti-Chinese and an anti-Malay leader.

"Before this, they (Umno) claimed that I was anti-Malay and had sidelined them, now they (MCA) said that I am anti-Chinese for not giving contracts to the Chinese.

"What is their actual basis to attack me?" he said at a DAP talk here Tuesday night.

He was commenting on a report which quoted MCA Wanita deputy secretary-general Tan Cheng Liang, who claimed the Penang government had awarded a RM1mil project to a 19-year-old part-time college student.

The bumiputra student was awarded the project to construct a double-storey religious school in Batu Maung. Tan claimed that only 0.2% of the projects were given to non-bumiputras.

"I am neither anti-Chinese nor Malay, I am only anti-corruption," said Lim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan