Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2011

Aku, Kad Raya, Hamper Raya dan Kuih Raya

Dunia dah semakin berubah.
Kad2 raya dah semakin dilupai.
SMS, MMS, FB, Twitter dah menggantikannya.
Dah lebih 10 tahun aku berhenti mengirim kad raya.
Rasanya sejak wife dah ada depan mata,
aku dah tak beli kad raya lagi dah.
Tapi setiap tahun aku masih menerimanya.
Cuma semakin lama makin kurang nampaknya.



Tahun ni cuma dapat 10 keping sahaja.
Semuanya daripada syarikat2 ubat dan doktor2 pakar di KPJ.
Takda VIP atau kerabat diraja yang nak beri kat aku.



Semalam aku dapat satu hamper daripada wakil syarikat ubat.
Balik2 jajan dan air berkarbonat.
Bagilah makanan yang berkhasiat sikit.
Tapi orang dah beri terima ajelah.



Cuma petang ni ada bagus sikit.
Ada wakil daripada KPJ Johor datang beri kuih raya kat aku.
Pertama kali tu. Sejarah.
Dah beribu2 kes aku rujuk kat mereka,
baru tahun ini mereka ingat nak beri kuih kat aku.
Aku tak mintak semua itu tetapi aku rasa dihargai.
KPJ dan doktor2nya makin kaya-raya.
Tapi aku sekadar dapat kuih raya aje.
Syukurlah...



8 ulasan:

  1. kalau dapat duit raya dari KPJ best kan doc! ;)

    BalasPadam
  2. Jgn mimpilah...
    Kalau dpt, saya belanja makan semua orang.

    BalasPadam
  3. bak alamat..
    nak hantar kad raya
    :)

    izat_ttdi@yahoo.com

    BalasPadam
  4. h4ni3,

    duit raya takda.
    sampul duit raya ada.

    BalasPadam
  5. DrSinga,

    nanti saya emailkan.
    tahun depan saya balas...

    BalasPadam
  6. salam aidilfitri abg doc zoul tewww.. ehehe

    BalasPadam
  7. Salam aidifitri utk abang en_me jugak.

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya bro...maaf zahir batin...

    Ni email saya : drfaizie@yahoo.com.au

    Kalau ada kelapangan masa di JB, Insya Allah saya turun Kulai..:)

    BalasPadam