Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang kanak2 berusia 3 bulan.
Berat lebih kurang 5.5kg.
Dia dibawa oleh ibunya ke klinik rangkaian yang lagi satu 4 hari yang lalu.
Doktor yang merawatnya doktor locum daripada hospital kerajaan.
Ibunya mengadu dia batuk dan selsema selama 2 hari.
Dia tiada langsung demam.
Dia cuma gelisah semasa tidur malam.
Berikut adalah ubat yang dipreskripsikan kepadanya:
Syp PCM 250mg/5ml
Syp Prednisolone 3mg/5ml
Syp Bisolvon
Syp Amoxigran 125mg/5ml Aku agak musykil kenapa perlu ada antibiotik.
Aku juga musykil kenapa perlu ada Prednisolone.
Budak tu baru berusia 3 bulan beb!


Dan aku lagi musykil kerana dos ubat cuma 0.2 ml sahaja.
Anak kucing aku sakit pun dosnya dah 1ml.
Ini anak orang ke anak tikus nak beri 0.2 ml sahaja?
Aku sangat tak setuju budak umur 3 bulan kena makan antibiotik.
Aku juga tak setuju budak 3 bulan diberi Prednisolone.
Apa kata anda?


Aku dan Semalam

Semalam aku dipaksa bercuti.
Jadi aku pun pergi berpoya-poyalah.
Mula2 aku ke Wang Loo Service Center.
Buat Preventive Maintenence Service.
Aku suka suasana dan layanannya.
Ada WiFi, ada suratkhabar, ada Channel ESPN,
ada Nescafe panas, ada karipap panas.
Bila semua itu ada bermakna servis mereka mahal sikitlah.
Servis aircond dah 250.00.
Tukar brake-pad sepasang dah 350.00.
Tukar wiper sepasang 95.00.
Jadi nak kata berbaloi entahlah.


Lepas tu aku servis kereta yang lagi satu.
Dah beberapa tahun nak bubuh tinted cermin depan
tapi tak pernah berkesempatan.
Dan semalamlah harinya.
Aku pasang tinted bukan untuk kejahatan atau kecantikan.


Aku pasang untuk keselesaan dan penjimatan.
Bila dalam kereta lebih sejuk,
aircond dapat dikurangkan dan minyak pun begitu juga.
Kalau ikut JPJ memang tak pernahnya lulus.
Tapi aku lebih sayangkan bumiku daripada poketku.


Kalau nak cerita lanjut tentang tinted kereta baca ini.

Aku dan Domino's Pizza

Satu lagi restoran pizza dibuka di Kulaijaya.
Lokasinya di Bandar Putra.
Jalan menuju ke IOI Mall.
Motto mereka " The Pizza Delivery Experts".
Bermakna mereka lebih suka kita order melalui telefon.
Dan bukan datang ke restoran mereka.


Aku masuk ke restorannya tengahari tadi.
Interiornya sangat simple.
Macam tempat transit sahaja.
Kalau nak order kena dikaunter.
Dan tunggu 15 minit sebelum order siap.


Semuanya memang dibungkus untuk bawa balik.
Pizzanya dalam kotak.
Cawan polisterine dan pinggan kertas disediakan kalau nak makan kat situ.
Tiada sebarang sos disediakan.
Dan nak makan kat situ pun tak berselera.


Jadi aku angkat kotak2 dan cawan polisterine balik rumah.
Makan kat rumah lebih selesa.
Tidak dinafikan pizzanya lebih sedap
berbanding di restoran yang lagi satu tu.
Roti dohnya masih lembut walaupun sejuk.
Toppingnya lebih halus dan potongan nanasnya tak besar2
seperti di restoran yang lagi satu tu.
Harganya tak dapat nak banding sebab dah lama
aku tak ke restoran…

Aku dan Hari Ini

Hari Khamis.
Aku dipaksa bercuti hari ini.
TNB nak buat penyelenggaraan di pencawang.
Takda karan daripada 10 pagi hingga 5 petang.

Ini kali ketiga dalam tahun ini.
Dan kali pertama dia buat pada hari Khamis.
Aku tulis notis kat depan klinik.
Sapa2 tak puashati boleh komplen kat TNB.
Aku malas nak fikir negatif.
Yang positifnya aku bercuti hari ini.
Cuma tak tahu nak buat apa.
Wife dan anak2 bekerja dan bersekolah.
Kalau nak berpoya2 pun seorang diri sahaja.
Nak buat apa ya?



Wifeku Outstation Lagi...

3 hari 3 malam.
Wifeku outstationed.
Kena mengendalikan kursus.
Jadi tinggal aku seorang.
Mengurus hal2 rumahtangga, hal2 kerja juga hal anak2.
Ini bukan kali pertama.
Jadi dah biasa sangat dah.
Kena bangun awal pagi.
Siapkan anak2 nak sekolah.
Hantar mereka ke sekolah.
Jemput mereka balik daripada sekolah.
Kemas rumah.
Basuh baju.
Memasak.
Kerja2 rumah memang tak pernahnya habis.
Nasib baik aku masih ada orang rumah.
Kalau tidak kurus aku...



Aku dan Taufan Nesat

Malam tadi hujan lebat.
Mungkin ada ribut sekali agaknya.
Aku dan anak2 tidur lena gamaknya.
Jadi tak sedar apa yang berlaku.

Pagi tadi aku kena hantar anak ke sekolah.
Tapi jalan depan rumah sudah terhalang.
Ada pokok besar sudah tumbang melintang di jalan.
Terpaksa jalan belok2 untuk keluar kawasan rumah.


Ini jalan utama ke rumahku.
Di sini juga selalu ada lori2 dan bas diparkir semalaman.
Nasib baik masa kejadian tiada kenderaan di situ.
Kalau ada memang termenung panjanglah jawabnya.
Dan harap2 tuan2 punya kenderaan serik untuk memarkir di situ lagi.



Taufan Nesat mengganas di Filipina.
Kesannya sampai juga ke Sabah.
Dan tak sangka Kulaijaya pun menerima tempiasnya.
Sepanjang perjalanan ke sekolah,
aku dapat lihat beberapa pokok lain yang tumbang.
Gerai2 dan warung tepi jalan pun banyak yang musnah.


Semuanya adalah peringatan untuk kita.
Bahawa ada yang lebih berkuasa daripada kita.
Bahawa hidup mati bukannya di tangan kita.

Masa aku balik tengahari tadi,
jalan tersebut dah bo…

Aku dan Wordless Wednesday

No kereta aku naik 2nd prize hari ini.

Aku dan Kawanku Masuk Paper

71 students down with food poisoning after eating sambal sotongBy EMBUN MAJIDALOR SETAR: Seventy-one students from a school at Jalan Stadium here suffered food poisoning after consuming sambal sotong (chilli-based squids) at their hostel canteen Friday. They were rushed to the Sultanah Bahiyah Hospital on Saturday after suffering from stomach ache, nausea, dizziness, vomitting and diarrhoea. The students, aged between 15 and 17, had consumed the food during dinner.
Hospital Emergency Department head, Dr Fatahul Laham Mohamed said the students were sent there in two buses at about 9.15pm. He said the 40 boys and 31 girls were given outpatient treatment and they returned to their hostel the same night.
State Health Department deputy director Dr Hayati Mohd Radzi said food samples from the canteen had been taken for testing. "Our initial investigations showed that all the students had consumed sambal sotong." "We have ordered the canteen to be temporarily closed for cleanin…

Aku ke Soccer Kids 2011

Pagi hari minggu. Ada pemilihan peserta program Soccer kids TV3. Tempatnya di Dataran Bandaraya. Tepat pukul 8 aku dah sampai. Dah beribu2 orang yang datang.

Malam tadi ditunjuk pemenang Soccer kids 2010 di England.
Jadi pagi ini rasanya ramai yang bercita2 nak ke sana.
Semuanya serba lengkap berpakaian.
Safee Sali, Lampard, Torres, Messi semuanya ada.
Nike Tiempo, Nike T90, Adidas Adizero, Adidas F50,
Tapi mainnya belum tentu lagi.


Mula2 kena beratur ambik borang dulu.
Lepas tu penjaga kena isi borang dan sain persetujuan.
Sediakan salinan surat beranak.
Umur mesti antara 10-12 tahun.
Kalau dah lebih tu kena tunggu program yang lainlah.
Lepas tu beratur lagi untuk serahkan borang.


Yang aku tak tahan ialah emak bapak dan penjaga masing2.
Walaupun bertudung dan berkopiah,
masih sanggup suruh anak potong queue.
Depan mata aku mereka buat.
Tapi aku sabarkan sahaja.


Syameel dapat no giliran ke 56. Dapat group ke dua untuk saringan pertama. Bermain 5 sebelah selama 10 minit. Kalau coach r…

Aku dan Tazkirah Jumaat

Lima Belas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Talib r.a
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Apabila umatku membuat lima belas perkara
maka bala pasti akan turun kepada mereka,
iaitu apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu;
apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;
zakat dijadikan hutang;
suami memperturut kehendak isteri;
anak derhaka terhadap ibunya,sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya;
suka menjauhkan diri daripada ayahnya;
suara ditinggikan di dalam masjid;
yang menjadi ketua satu kaum adalah orang terhina antara mereka;
seseorang ditakuti kerana kejahatannya;
khamar (arak) sudah diminum dimerata tempat;
kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki;
para artis disanjung-sanjung;
muzik banyak dimainkan;
generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Aku dan Wordless Wednesday

Aku rindukan Cameron Highlands...

Aku ke Pandan City

Malam minggu.
Banyak jemputan ke Open House.
Tapi satu pun aku tak pergi.
Aku jalan2 sampai ke Pandan City aka Pasar Borong Pandan.
Bukan ke pasar basahnya.
Tapi ke gerai2 disebelahnya.
Anak sibuk nak cari jersi bolasepak.
Esok ada game katanya.


Ini kali kedua aku kemari.
Kali pertama beberapa bulan lepas.
Masa tu aku datang pukul 5 petang.
Kedai belum banyak yang bukak.
Kali ini pukul 11 malam aku baru sampai.
Meriah sesangat.


Kalau nak cari barang2 tiruan dan murah,
inilah tempatnya.
Jersi2 bolasepak team EPL terbaru.
Jam2 G-Shock pelbagai warna.
Cermin mata Oakley terkini pelbagai warna.


Kat sini juga banyak jual kereta RC.
Aksesorinya pun banyak.
Aku dan anak2 tak berminat main kereta RC ni.
Jadi kita tengok ajelah.


Ada juga jual minyak wangi imitation.
Botol dan kotaknya pelbagai warna dan bentuk.
Bauannya pun boleh tahan.
Cuma tak kekal lama.
Dia kata 4 jam tapi macam tak percaya aje.



Semakin malam, semakin ramai orang.
Aku tak tahu pukul berapa mereka tutup kedai.
Pukul 2 pag…

Aku dan Bruno Mars

Anak lelaki bungsu aku suka ini.
Anak perempuan aku suka ini.
Dan anak bujang aku suka ini.
Penuh iPod dia dengan lagu2 ini.



Nak kenal Bruno Mars?
Aku mula kenal dia melalui Nabil di Maharaja Lawak.
Lebih info tentang dia di sini.

Aku dan Pasar Tudung

Cuti Umum hari ini.
Pagi-pagi wife dah kejut aku.
Ajak jalan-jalan cari tudung.
Tempatnya di depan Pasar Borong Kota Tinggi.
Waktunya 7.00 pagi- 12 tengahari.
Harinya setiap Jumaat sahaja.


Memandangkan hari ini hari cuti,
suasana memang penuh sesak.
Hampir 100% pengunjungnya adalah orang Melayu.
Hampir 90% yang berniaga juga orang Melayu.
Dan hampir 80% menjual baju, tudung dan aksesorinya.
Tiada orang menjual makanan ataupun sayur2an.
Tiada juga orang jual DVD ataupun Bluray cetak rompak.


Ini memang tempat kaum wanita.
3 jam masih tak puas nak membelek dan memilih2.
Semuanya murah2 belaka.
Tudung 10 ringgit boleh dapat sehelai.
Kain selendang 15 ringgit boleh dapat 2 helai.
Sekarang fesyen tudung ekspres atau tudung terus pakai.
Tak payah nak lilit2 lagi dah.
Fesyen yang ada batu dan manik2 dah out-of-dated.
"Apa wife nak buat dengan tudung lama2 dia agaknya?"


Kalau tak kerana kamera ini,
10 minit aku dah ajak balik dah.
Memang langsung tak sesuai dengan jiwaku.


Kakak ini…