Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 September 2011

Aku dan Cuti Raya


Ini pertama kali aku bercuti sakan sempena Hari Raya.
Seminggu lebih.
Saudara-mara aku tak ramai.
Jadi Raya ke-2 aku dah balik ke rumah.
Lepas tu tak tahu nak buat apa.
Raya kali ini tak semeriah tahun2 lepas.
Perjumpaan ahli2 keluarga tak seramai dulu.
Masing2 dah punya agenda dan rancangan tersendiri.
Masa menziarah kubur dan melawat keluarga di Muar,
cuma dua keluarga yang dapat turut serta.
Cadangan nak melawat saudara2 tiriku juga tertangguh kerana alasan yang sama.
Tengahari Hari Raya Pertama,
adik-beradik emak mertua yang berketurunan Cina datang beraya.
Semuanya datang dengan 5 buah kereta.
Meriah dan setiap apa yang dimasak habis dimakan mereka.
Itulah kali pertama dan terakhir adik-beradik wife dapat berkumpul.
Selepas itu masing2 dengan hal masing2.
Pagi Hari Raya Ketiga,
aku balik kampung saudara-mara bapak mertua aku di Muar.
Walaupun kereta banyak namun perjalanan lancar.
Tiada kesesakan teruk ataupun kemalangan yang aku jumpa.
Ada seorang saudaraku tinggal di Jln Hj Jaib.
Tahun lepas sebelum kami balik dia ajak bergambar ramai2.
Takut tak dapat jumpa lagi katanya.
Memang betul katanya.
3 hari sebelum Syawal dia meninggal dunia.
Kali ini aku cuba menghafal betul2 nama2 saudara-mara aku.
Aku juga cuba mengingat betul2 perkaitan dengan wifeku.
Hari ini dah masuk Hari Raya Keenam.
Esok dah mula nak balik ke rutin asal.
Ada perkara yang membuatkan aku terkilan sepanjang raya ini.
Kekesalan yang berpunca daripada kelemahan diri sendiri.
Ada kalanya kita sukar untuk memahami hati orang.
Orang2 tua terutamanya termasuklah ibubapa kita sendiri.
Ada beberapa perkara yang kita sekadar boleh melihat.
Melihat dan memerhati tanpa boleh menegur apa2.
Selamat kembali ke dunia nyata.

Selamat kembali bertugas.

Selamat tinggal cuti raya...


2 ulasan:

  1. tahun ni best, saya dapat balik beraya kat pontian.. dah 4x raya ajak mak balik tp dia takmo. w/pun tak meriah mcm masa arwah atuk ada, tapi cukup la utk mengimbau balik kenangan beraya masa kecik2 dulu

    BalasPadam
  2. raya sakanns tewww abg doc.. ehehe

    BalasPadam