Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 September 2011

Aku dan Domino's Pizza


Satu lagi restoran pizza dibuka di Kulaijaya.
Lokasinya di Bandar Putra.
Jalan menuju ke IOI Mall.
Motto mereka " The Pizza Delivery Experts".
Bermakna mereka lebih suka kita order melalui telefon.
Dan bukan datang ke restoran mereka.


Aku masuk ke restorannya tengahari tadi.
Interiornya sangat simple.
Macam tempat transit sahaja.
Kalau nak order kena dikaunter.
Dan tunggu 15 minit sebelum order siap.


Semuanya memang dibungkus untuk bawa balik.
Pizzanya dalam kotak.
Cawan polisterine dan pinggan kertas disediakan kalau nak makan kat situ.
Tiada sebarang sos disediakan.
Dan nak makan kat situ pun tak berselera.


Jadi aku angkat kotak2 dan cawan polisterine balik rumah.
Makan kat rumah lebih selesa.
Tidak dinafikan pizzanya lebih sedap
berbanding di restoran yang lagi satu tu.
Roti dohnya masih lembut walaupun sejuk.
Toppingnya lebih halus dan potongan nanasnya tak besar2
seperti di restoran yang lagi satu tu.
Harganya tak dapat nak banding sebab dah lama
aku tak ke restoran yang lagi satu tu. 
Anak2 kata boleh order lagi.
Tapi mereka tak mahu datang ke restorannya.
Order guna 1-300-888-333.
Dan tunggu depan rumah.


6 ulasan:

  1. harganya pun lebih murah. dan delivery sgt cepat. kalau terlambat diorg bagi voucher pizza regular free untuk next purchase.

    berbaloiii.....

    BalasPadam
  2. saya memang prefer yg ini daripada kedai satu lagi tu
    lagi jatuh chenta sbb saya dapat pizza seposen... :D

    BalasPadam
  3. yess.. domino pizza lg sedap dr pizza hut!

    BalasPadam
  4. yess.. domino pizza mmg lg sedap dari pizza hut!

    BalasPadam
  5. tp pizza di kulaijaya nih atas die gereja . macam tak strategik plak tempatnye .

    BalasPadam