Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 September 2011

Aku dan LED TV

Tahun lepas aku dah cadang nak beli tv baru.
Tapi masa tu belum cukup kemampuan.
Kebetulan tv LCD Philips 32" aku kena petir 3 minggu sebelum raya.
Hantar ke kedai sampai sekarang pun tak baik jugak.
Ada yang kata kat aku tv LCD memang begitu.
Kalau dah rosak memang kena ganti baru.
Maka seminggu sebelum raya aku pun beli tv baru.
Samsung Series 5 40" kat Tesco.
Nak beli Series 8 46" tak cukup bajet.
Dijadikan cerita, 2 hari sebelum raya aku ke Giant IOI Mall.
TV yang sama harganya dah turun 500 ringgit.
Suratkhabar hari ini lagi gila.
TV jenama yang sama dah turun harga lagi 500 ringgit di SenQ.
Macam harga saham pulak.
Asyik turun aje.
Seminggu lepas raya aku berjaya pasang Astro Beyond kat rumah.
Dan sejak itu hidup aku pun berubah.
Tiap2 malam mesti nak menghadap tv punya.
Program2 HD memang sesuai sangat dengan tv LED aku.
Movie, Sport malah rancangan masak-memasak jadi sangat menarik.
Gambarnya sangat real dan menakjubkan.
Tapi macam kartun pun ada.
Program favorite aku tentulah siri CSIs.
Sebab itu tahun ini aku tak beraya sangat.
Aku beraya depan tv baru.

Selamat ber'open house'.
Banyak jemputan hujung minggu ini.


2 ulasan:

  1. tido malam peluk tv tak doc?
    hehe

    BalasPadam
  2. raya sakanns depan tv abg doc tewwww.. ehehe

    BalasPadam