Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 September 2011

Aku dan Marhaban Raya


Musim makan2 dah bermula.
Tiap2 malam jalan2 rumah jiran2 dan kawan2.
BerMarhaban sempena Hari Raya.
Bara'an kata orang Jawa.
Pergi daripada rumah ke rumah.
Bersalawat salam memuji2 Nabi Muhammad S.A.W dan kebesaran Allah.
Diikuti oleh doa selamat.
Diakhiri dengan makan2.
Satu malam sekurang2nya 10 rumah dah masuk dalam list.
Bermakna 10 jenis hidangan/makanan perlu dijamah.
Ada jenis perut yang tak tahan atau yang jenis nak cari alasan.
Pagi2 lagi dah sampai kat klinik.
Peninglah, sakit perutlah, muntahlah, cirit-biritlah.
Itu belum kira yang sakit tekak sebab banyak minum air bergas.
Juga pesakit2 kencing manis yang termakan gula berlebihan.
Marhaban Raya memang seronok.
Terutamanya budak2 kecik.
Kalau satu rumah beri 2 ringgit, 10 rumah dah 20 ringgit.
Kalau kat taman ada 100 rumah,
hujung Syawal anak jadi lebih kaya daripada bapak.
Bagi emak dan bapak pulak,
inilah peluang nak tengok rumah jiran2.
Rumah sapa yang bercat baru.
Rumah sapa yang beli set sofa baru.
Rumah sapa yang tukar langsir baru.
Rumah sapa punya set tv paling terkini.
Lepas tu boleh cari idea baru untuk rumah sendiri.
Boleh pujuk2 suami beli tv baru, sofa baru, langsir baru...
Satu yang aku tak suka pasal Marhaban Raya ni.
Kita kemas rumah macam nak rak,
kita sediakan makan macam nak rak jugak.
Tapi geng Marhaban bertandang tak lebih 10 minit.
Makan pun lebih kurang aje.
Maklumlah nak kejar masa dan target.
Banyak lagi rumah kat taman nak kena ziarah.
Satu lagi yang aku tak suka.
Dah beberapa tahun aku tak join geng Marhaban ini.
Tiap2 malam asyik kena kerja aje.
Tahun ini wife join geng Marhaban PPD Kulai.
Satu malam cuma dua rumah sahaja.
Sapa nak datang kena tulis nama dulu.
Supaya senang tuan rumah nak bajet makan2.
Bagus kalau macam itu.
Takda pembaziran.


4 ulasan:

  1. Apalah doc, memang marhaban macam gitu... bukan nak makan sanagt..sape lah suruh sediakan makanan..kuih kering raya, ubi kayu sudah emmadai..tujuan marhaban ni nak berkenalan ngan keluarga je, minta maaf...komplen doc ni macam komplen orang bukan johor yang pernah saya dnegar, eg tak makan apa yang dimasak..heheh

    BalasPadam
  2. orang kita mudah lupa diri bila tengok makanan... setuju? ;)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama,

    Rasanya tahun pertama aje kita orang masak berat2.
    Masuk tahun kedua kita orang dah tahu.
    Lagipun ketua geng Marhaban dah pesan.
    Makanan ringan aje.
    Jangan berat2.

    BalasPadam
  4. h4ni3,

    Lupa diri?
    Ya kot...
    Cuba pergi ke Open House VVIPs.
    Semua orang ambik makanan mcm setahun tak makan.
    Lepas raya,
    paras gula naik.
    BP naik.
    Berat naik.

    BalasPadam