Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 September 2011

Aku dan Pasar Tudung


Cuti Umum hari ini.
Pagi-pagi wife dah kejut aku.
Ajak jalan-jalan cari tudung.
Tempatnya di depan Pasar Borong Kota Tinggi.
Waktunya 7.00 pagi- 12 tengahari.
Harinya setiap Jumaat sahaja.


Memandangkan hari ini hari cuti,
suasana memang penuh sesak.
Hampir 100% pengunjungnya adalah orang Melayu.
Hampir 90% yang berniaga juga orang Melayu.
Dan hampir 80% menjual baju, tudung dan aksesorinya.
Tiada orang menjual makanan ataupun sayur2an.
Tiada juga orang jual DVD ataupun Bluray cetak rompak.


Ini memang tempat kaum wanita.
3 jam masih tak puas nak membelek dan memilih2.
Semuanya murah2 belaka.
Tudung 10 ringgit boleh dapat sehelai.
Kain selendang 15 ringgit boleh dapat 2 helai.
Sekarang fesyen tudung ekspres atau tudung terus pakai.
Tak payah nak lilit2 lagi dah.
Fesyen yang ada batu dan manik2 dah out-of-dated.
"Apa wife nak buat dengan tudung lama2 dia agaknya?"


Kalau tak kerana kamera ini,
10 minit aku dah ajak balik dah.
Memang langsung tak sesuai dengan jiwaku.


Kakak ini kerjanya mengutip yuran.
2 ringgit untuk satu gerai.
Cukup murah.
Sepanjang 2 km lebih 100 gerai yang berniaga.
Dan banyak van dan kereta daripada KL datang berniaga di sini.




Dalam banyak2 tudung berwarna-warni,
aku terjumpa blaus ini.
Rasa2nya ada ke makcik2 Kota Tinggi nak pakai blaus ini?
Kalau nak pergi dangdut bolehlah.
Banyak yang aku boleh bayangkan.


Sebelum balik aku singgah ke satu kedai di Taman Kota Jaya.
Kat sini ada jual tudung lagi murah.
Walaupun mungkin patternnya dah outdated,
tapi kainnya bermutu dan berwarna- warni.
Tudung sehelai 5 ringgit pun boleh dapat.
Selendang 3 ringgit.
Yang untung anak dara akulah.
Berhelai2 selendang dan tudung dia dapat.
Aku dapat apa?



Dalam ramai2 tu,
hanya aku sorang yang bawak kamera.
Ramai yang tengok aku.
Tapi ada juga yang bertanya.
" Ambik gambar untuk press mana?"

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    tak pernah acik nampak keadaan macam ni.kecuali di jalan TAR kl tu..banyaknya tudung dan selendang.cuma sayangnya acik tak pandai pakai tudung orang muda ni..masih lagi dengan tudung fesyen lama.

    BalasPadam
  2. hahaha
    boleh tukar profession ni doc! :)

    BalasPadam
  3. Acik Erna,

    Tudung bukan sekadar menutup aurat.
    Tudung sudah menjadi fesyen.
    Ramai yang bertudung.
    Tapi tak menjaga auratnya.
    Sekadar menutup rambut sahaja.

    BalasPadam
  4. h4ni3,

    Saya jadi street photographer sekarang.
    Belum cukup menyibuk utk jadi wartawan.
    :)

    BalasPadam
  5. aku suka dengar kau bercerita ...ikhlasss ....teruskan perjuangan mngambil foto banyak2

    BalasPadam
  6. teruskan ambil gambar banyak2...kerana aku suka pada warna -warna yang terang dan menarik

    BalasPadam
  7. Org llaki mmg cmtu..tp kalo suami nak shopping brg2, isteri tetap menunggu & jd teman setia..hihihi

    BalasPadam
  8. Macam mana nak pegi tempat ni?

    BalasPadam