Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang kanak2 berusia 3 bulan.
Berat lebih kurang 5.5kg.
Dia dibawa oleh ibunya ke klinik rangkaian yang lagi satu 4 hari yang lalu.
Doktor yang merawatnya doktor locum daripada hospital kerajaan.
Ibunya mengadu dia batuk dan selsema selama 2 hari.
Dia tiada langsung demam.
Dia cuma gelisah semasa tidur malam.
Berikut adalah ubat yang dipreskripsikan kepadanya:
Syp PCM 250mg/5ml
Syp Prednisolone 3mg/5ml
Syp Bisolvon
Syp Amoxigran 125mg/5ml
Aku agak musykil kenapa perlu ada antibiotik.
Aku juga musykil kenapa perlu ada Prednisolone.
Budak tu baru berusia 3 bulan beb!


Dan aku lagi musykil kerana dos ubat cuma 0.2 ml sahaja.
Anak kucing aku sakit pun dosnya dah 1ml.
Ini anak orang ke anak tikus nak beri 0.2 ml sahaja?
Aku sangat tak setuju budak umur 3 bulan kena makan antibiotik.
Aku juga tak setuju budak 3 bulan diberi Prednisolone.
Apa kata anda?


1 ulasan: