Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2011

Aku dan Semalam

Semalam aku dipaksa bercuti.
Jadi aku pun pergi berpoya-poyalah.
Mula2 aku ke Wang Loo Service Center.
Buat Preventive Maintenence Service.
Aku suka suasana dan layanannya.
Ada WiFi, ada suratkhabar, ada Channel ESPN,
ada Nescafe panas, ada karipap panas.
Bila semua itu ada bermakna servis mereka mahal sikitlah.
Servis aircond dah 250.00.
Tukar brake-pad sepasang dah 350.00.
Tukar wiper sepasang 95.00.
Jadi nak kata berbaloi entahlah.


Lepas tu aku servis kereta yang lagi satu.
Dah beberapa tahun nak bubuh tinted cermin depan
tapi tak pernah berkesempatan.
Dan semalamlah harinya.
Aku pasang tinted bukan untuk kejahatan atau kecantikan.


Aku pasang untuk keselesaan dan penjimatan.
Bila dalam kereta lebih sejuk,
aircond dapat dikurangkan dan minyak pun begitu juga.
Kalau ikut JPJ memang tak pernahnya lulus.
Tapi aku lebih sayangkan bumiku daripada poketku.


Kalau nak cerita lanjut tentang tinted kereta baca ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan