Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 September 2011

Aku dan Taufan Nesat


Malam tadi hujan lebat.
Mungkin ada ribut sekali agaknya.
Aku dan anak2 tidur lena gamaknya.
Jadi tak sedar apa yang berlaku.

Pagi tadi aku kena hantar anak ke sekolah.
Tapi jalan depan rumah sudah terhalang.
Ada pokok besar sudah tumbang melintang di jalan.
Terpaksa jalan belok2 untuk keluar kawasan rumah.


Ini jalan utama ke rumahku.
Di sini juga selalu ada lori2 dan bas diparkir semalaman.
Nasib baik masa kejadian tiada kenderaan di situ.
Kalau ada memang termenung panjanglah jawabnya.
Dan harap2 tuan2 punya kenderaan serik untuk memarkir di situ lagi.



Taufan Nesat mengganas di Filipina.
Kesannya sampai juga ke Sabah.
Dan tak sangka Kulaijaya pun menerima tempiasnya.
Sepanjang perjalanan ke sekolah,
aku dapat lihat beberapa pokok lain yang tumbang.
Gerai2 dan warung tepi jalan pun banyak yang musnah.


Semuanya adalah peringatan untuk kita.
Bahawa ada yang lebih berkuasa daripada kita.
Bahawa hidup mati bukannya di tangan kita.

Masa aku balik tengahari tadi,
jalan tersebut dah boleh dilalui.
Pekerja2 MPKu dah hampir selesai membersihkannya.



2 ulasan:

  1. filipina - taufan nesat
    kulaijaya - taufan sesat? ;)

    semoga doc n family sentiasa dilindungi hendaknya

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah.

    Taufan Sesat?

    Satu cadangan yg bagus.

    BalasPadam