Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 September 2011

Aku ke Pandan City


Malam minggu.
Banyak jemputan ke Open House.
Tapi satu pun aku tak pergi.
Aku jalan2 sampai ke Pandan City aka Pasar Borong Pandan.
Bukan ke pasar basahnya.
Tapi ke gerai2 disebelahnya.
Anak sibuk nak cari jersi bolasepak.
Esok ada game katanya.


Ini kali kedua aku kemari.
Kali pertama beberapa bulan lepas.
Masa tu aku datang pukul 5 petang.
Kedai belum banyak yang bukak.
Kali ini pukul 11 malam aku baru sampai.
Meriah sesangat.


Kalau nak cari barang2 tiruan dan murah,
inilah tempatnya.
Jersi2 bolasepak team EPL terbaru.
Jam2 G-Shock pelbagai warna.
Cermin mata Oakley terkini pelbagai warna.


Kat sini juga banyak jual kereta RC.
Aksesorinya pun banyak.
Aku dan anak2 tak berminat main kereta RC ni.
Jadi kita tengok ajelah.


Ada juga jual minyak wangi imitation.
Botol dan kotaknya pelbagai warna dan bentuk.
Bauannya pun boleh tahan.
Cuma tak kekal lama.
Dia kata 4 jam tapi macam tak percaya aje.



Semakin malam, semakin ramai orang.
Aku tak tahu pukul berapa mereka tutup kedai.
Pukul 2 pagi baru sampai rumah.

Sekian laporan wartawan tak berbayar.
Salam hujung minggu.

8 ulasan:

  1. dah tinggi papan tunjuk jalan kat JB kanns.. takut kena tampal iklan ahlong tewww.. ikiki

    BalasPadam
  2. Betullah en_me.
    Baru saya perasan...

    BalasPadam
  3. suka tengok gambo jam tu..

    kalerful!

    BalasPadam
  4. ni macam pasar larut malam tu ke?

    BalasPadam
  5. h4ni3,

    saya pun.
    sebab tu saya beli 3.
    setiap anak sorang satu.
    kalau ori 300-400 ringgit satu.
    kat sini, 30-40 ringgit satu.
    kat TESCO utk barang yg sama,
    80 ringgit.

    BalasPadam
  6. gB,

    betul3x.
    pasar karat kat org JB.
    bukak pukul 5 atau 6 petang.
    tutup pukul 5 atau 6 pagi.

    BalasPadam
  7. Jam G- Shock tu kalau beli online (lelong/mudah) boleh dapat RM15-20 aja sebuah. :)

    BalasPadam
  8. Salaam. Kami menjual makanan apt Tempe. Tahu. Tauge. Aneka mee. DLL apt frozen food Dan barangan runcit. LotC28. Pasar borong pandan. Sebarang tempahan Dan pertanyaan sila hubungi atau whatsapp 011-11147093

    BalasPadam