Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 September 2011

Aku ke Perbarisan Hari Kemerdekaan Kulaijaya

Pagi hari minggu.
Pukul 8 pagi.
Hujan turun renyai-renyai.
Tapi aku gagahkan kakiku dan mataku.
Nak tengok perbarisan Hari Kemerdekaan.
Di Stadium Perbandaran Kulaijaya di Taman Putri.


Masa aku sampai,
hujan dah berhenti.
Perbarisan pun dah bermula.
Penyertaan pasukan boleh tahan jugak.
Ada kategori badan kerajaan, badan bukan kerajaan,
parti politik juga pasukan beruniform sekolah2.


Tapi penonton yang datang tak lebih 100 orang.
Pegawai yang bertugas lebih ramai daripada penonton.
Tak cukup publisiti rasanya.
Lagipun hari hujan.  


Rasanya ini pertama kali aku ke perhimpunan Hari Kemerdekaan.
Harap2 bukanlah yang terakhir.


Yang pakai merah menyala tu pasukan koir MPKu.
Ketua yang kat depan tu orang kampung aku jugak.
Yang pakai baju biru/putih tu ADUN Senai/Kulai agaknya.
Dia jadi wakil Menteri Besar sampaikan hadiah.






Ini pasukan Pejabat Pendidikan Daerah.
Tahun lepas mereka menang berbaris
tapi tahun ini dapat no 2 sahaja.


Ini pasukan yang menang.
Mereka menang berbaris juga menang pakaian terbaik.
Pasukan daripada Majlis Perbandaran.
Pukul 10.30 majlis berakhir.
Lepas ni VIPs nak pergi ke hospital pulak.
Ada majlis beri2 hadiah kat pesakit2 di wad.
Wife aku kena pergi sebagai wakil PPD Kulaijaya.
Kena bawak suami/isteri masing2 tapi jangan haraplah aku nak pergi.


Sekian laporan wartawan tak berbayar.
Terima kasih.

5 ulasan:

  1. Eh! Kulaijaya ada stadium ker? hehehe...kat mana ya? ishhh sesekali pijak Kulai tu lah masalahnya :)

    http://batulesung.blogspot.com/2011/09/jamuan-wangi.ht

    BalasPadam
  2. lahhh, pengunjung nya 100 org aja..kena jemput artis lah tahun depan, baru org nak datang gamaknya..hehe

    BalasPadam
  3. CT,

    Stadium Perbandaran Kulaijaya.
    Lokasinya di Taman Putri.
    Dekat dengan Econsave.
    Ramai org Kulai yg tak tahu.

    BalasPadam
  4. DZ,

    Bajet kecik agaknya.
    Takpa,
    tahun depan panggil Mawi dan Sepah.
    Lepas tu suruh Abg Jem jadi MC.
    Sure pecah stadium punya...

    BalasPadam
  5. diorg lupa panggil bomoh tolak hujan tu
    hehe

    BalasPadam