Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 September 2011

Aku ke Soccer Kids 2011


Pagi hari minggu.
Ada pemilihan peserta program Soccer kids TV3.
Tempatnya di Dataran Bandaraya.
Tepat pukul 8 aku dah sampai.
Dah beribu2 orang yang datang.


Malam tadi ditunjuk pemenang Soccer kids 2010 di England.
Jadi pagi ini rasanya ramai yang bercita2 nak ke sana.
Semuanya serba lengkap berpakaian.
Safee Sali, Lampard, Torres, Messi semuanya ada.
Nike Tiempo, Nike T90, Adidas Adizero, Adidas F50,
Tapi mainnya belum tentu lagi.
 

Mula2 kena beratur ambik borang dulu.
Lepas tu penjaga kena isi borang dan sain persetujuan.
Sediakan salinan surat beranak.
Umur mesti antara 10-12 tahun.
Kalau dah lebih tu kena tunggu program yang lainlah.
Lepas tu beratur lagi untuk serahkan borang.


Yang aku tak tahan ialah emak bapak dan penjaga masing2.
Walaupun bertudung dan berkopiah,
masih sanggup suruh anak potong queue.
Depan mata aku mereka buat.
Tapi aku sabarkan sahaja.


Syameel dapat no giliran ke 56.
Dapat group ke dua untuk saringan pertama.
Bermain 5 sebelah selama 10 minit.
Kalau coach rasa ada potensi,
dapatlah masuk saringan kedua.





Syameel kandas di saringan pertama.
Aku memang dah jangka pun.
Semangatnya tinggi.
Dressingnya macam star player.
Skil ada sikit.
Tapi badannya kecik sangat.
Kali ini sekadar timba pengalaman.
Tahun depan mencuba lagi.

3 ulasan:

  1. menimba pengalaman kanns.. ehehe

    BalasPadam
  2. ameel gugup ke uncle zoul??anyway tahniah sebab berani try... izi~

    BalasPadam