Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Aku dan MMS

Imej
Aku dapat MMS ni petang tadi.
"A gift from my good friends called TNG during my wedding 13 years ago. 
My wife cook rice with it since then till yesterday when it stop working. 
TQ guys. 
Our friendship remain. 
@ calling for reunion." Ini cerita 13 tahun lalu.
Masa itu aku masih kerja dengan gomen.
Aku sanggup ambik cuti panjang.
Aku drive Iswara cabuk aku ke Kelantan.
Kawan karib aku kahwin.
Aku pergi dengan geng2 TNG yang lain.
Jemie, Fatahul, Azman dan Neil Amri.
Kami sama2 kongsi beli rice-cooker tu.
Tak sangka.
13 tahun jangka hayat umur rice-cooker itu.
Mungkin jarang diguna kot.
Tapi itu tak penting.
Yang penting persahabatan yang terjalin.
Aku rindu kawan2 lama aku.
Terutamanya yang berada di Tanah Suci.
Juga Jemie di Selayang.
Neil dan Fatah di Alor Setar.
Man Kiflie di Ipoh.
Dan Tengku Muzafar di Kelantan.
Susahnya nak adjust time untuk reunion.





Aku dan Koleksi Tudung Wifeku

Imej
Anda pernah baca entri ini? Itu entri bulan 12 tahun lepas. Setahun dah berlalu. Ini gambar terbaru koleksi wife aku. 2 hari cuti sempena Deepavali. Dia mengemas sakan koleksi tudung dia. Color-coded lagi. Betul kata buku yang aku baca. Wanita punya color-perception yang lebih jelas. Aku nak susun color-pencil anak aku pun berterabur. Ini pulak tengok warna tudung. Aku nampak 3 warna sahaja. Merah, hijau dan kuning.

Aku dan Amil Zakat Kampungku

Akhirnya.
Sepandai-pandai tupai melompat.
Jatuh ke dalam lokap juga akhirnya.

Kes tipu wang zakat: Amil fitrah direman 4 hari JOHOR BAHRU 29 Okt. - Bekas imam sebuah masjid di Kulaijaya yang menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan wang zakat fitrah, kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kes itu sebelum kertas siasatannya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
"Setakat ini keterangan daripada suspek telah diambil dan sebaik sahaja kertas siasatan siap kita akan serah kepada DPP bagi tujuan pertuduhan di mahkamah," katanya di sini, hari ini. Kelmarin, akhbar melaporkan bekas seorang imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) sebagai amil fitrah bagi kawasan Kulaijaya didakwa gagal menyerahkan kembali kutipan wang zakat, RM18,000 tahun lalu.
Suspek ya…

Aku dan Maharaja Lawak Mega

Imej
Aktiviti baru Malam Jumaat.
Selepas kejayaan Maharaja Lawak,
Astro Warna try Lawak Minggu Ini pulak.
Malangnya ramai buat lawak tak jadi.
Masa satu jam terlalu panjang untuk buat orang ketawa.
Padaku hanya Johan yang berjaya.
Kini ada program baru.
Maharaja Lawak Mega ada kelainannya.
Pelawak2 Otai buat stand up comedy.
Jalil Hamid favorite aku.
Geng Pi Mai Pi Mai Tang Tu pun favorite aku.
Begitu juga dengan Afdlin Shauki.
Kalau ada Din Beramboi lagi best agaknya.
Layan tengok video2 ini.
Terbaik...

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang lelaki Nepal.
Bekerja di kilang kayu.
Pernah jumpa aku 5 tahun yang lalu.
Cedera di tangan kiri.
Luka dijahit di klinik lain.
Datang jumpa aku sebab lukanya tak baik2.
Aku sekadar cuci dan beri antibiotik sahaja.

Selepas 5 tahun dia datang lagi.
Parut lukanya semakin bengkak dan menyakitkan.
Nak kerja pun asyik sakit sahaja.
Jadi aku buat wound exploration.
Aku semacam dah agak dah akan jumpa sesuatu.
Memang betul.
Ada selumbar kayu sepanjang 1 cm didalam parut lukanya.
Dia jerit2 dan bising2 kat boss dia.
" Sudah cakap banyak kali sama lu tapi lu tak caya."
" Gua bukan doktor ma!" boss dia menyahut.
" Gua ingat lu suka2 tak mahu kerja!"
Mungkin itu cakap boss dia dalam hati.

5 tahun dia simpan dan tahan sakitnya.
Aku simpati dengannya.
Nak aje aku suruh bawak lawyer ke klinik yang jahit lukanya.
Tapi itu bukan caraku.
Aku suruh dia simpan selumbar tu.
Buat tangkal azimat.

Aku dan Amil Zakat kampungku Siri 1

Imej
Apa sudah jadi?
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Amil zakat sepatutnya seorang yang amanah.
Amil zakat sepatutnya tinggi akhlaknya.
Tapi apa dah jadi?
Duit zakat dijadikan harta sendiri.
Sebagai orang Melayu,
sebagai orang Islam,
juga sebagai orang Kulaijaya,
aku turut malu.
Amil Negeri Johor Dikehendaki Polis Mengejutkan apabila seorang amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai dekat sini, menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.
Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya masih mengesan suspek selepas menerima laporan daripada MAINJ berkaitan perkara itu.
“Redzuan yang memiliki MyKad 830803-01-5859…

Aku dan Laporan Ketua Audit Negara

Anda dah baca laporan Ketua Audit Negara? Anda dah tahu bagaimana wang negara dibelanjakan? Anda dah tahu kemana wang cukai yang kita bayar dihabiskan?
Barang2 keperluan dibeli dengan harga berlipatkali ganda. Barang2 bukan keperluan dibeli dan kemudiannya tidak digunakan. Menteri2 dan kroni2nya menyapu habis kontrak2 kerajaan.
Suami menteri bukak kompeni untuk sapu projek.
Anak2 sendiri pulak dilantik jadi director. Duit dah sapu habis tapi hasilnya tiada.
Bangunan tidak disiapkan mengikut jadual. Bangunan disiapkan tanpa mengikut spesifikasi. Bangunan disiapkan tapi langsung tidak boleh digunakan.
Aku bukannya anti-kerajaan. Aku bukannya pro-pembangkang. Tapi kalau betul apa kata CM Pulau Pinang tu, aku sanggup berhijrah ke negeri beliau.
Ada yang menyampaikan kat aku. Kerajaan sebenarnya tiada duit. Duit dah habis digunakan.
Malah RM3.73 billion dah terlebih belanja pun. Duit gula2 yang diberi kepada rakyat tu duit yang dipinjam daripada masa akan datang. Sebab itu hutang keraja…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Nak tahu cerita disebalik gambar ini?

Seorang warga Bangladesh.
Seorang Muslim.
Tahun lepas dia berkawan dengan warga Nepal.
Entah macamana dia pun sibuk nak bertatoo seperti mereka.
Dia tak tahu tatoo itu permanent.
Dia tak tahu tatoo itu haram.
Selepas beberapa bulan dia mula menyesali perbuatannya.
Apatahlagi bila ditakut2kan oleh kawan2nya.
Bermacam2 cara dia dah buat.
Kali ini dia gosok dengan bawang putih.
Jadi jumpa aku dengan blisters pelbagai saiz.
Dia merayu suruh aku buang tatoonya itu.
Ingat kerja senang ke?
Dia kata nak letak seterika panas diatasnya.
Dia suruh aku inject ubat bius dulu.
Aku tengah pening kepala ni.
Tak tahu camna nak tolong dia.

Lagi satu,
apasallah buruk bebeno tatoo dia?
Takda ke gambar yang cantik sikit?

Dermabrasion is a technique used to remove the top layer of skin and effectually draw the ink closer to the surface of the skin. Once the ink is drawn closer to the top of the skin, it too can be removed. This technique is done by using an abrasive…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Notis peringatan!



Kawan-Kawanku Naik Haji

Imej
Sahabat baikku bertolak ke Kuala Lumpur hari ini.
Esok pagi dia akan berangkat ke Mekah.
Dia salah seorang daripada 28 000 jemaah haji
Malaysia untuk tahun ini.
Untuk sebulan akan datang ini,
aku tiada kawan untuk bersembang2.
Aku tiada kawan untuk minum2 petang.
Semoga perjalanannya juga isterinya dipermudahkan.
Juga kembali memjadi manusia yang lebih sempurna.
Aku sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraannya di sana.
Mungkin boleh jumpa abang ipar aku juga en_me di sana.
Insya Allah.


Aku di Banda Hilir

Imej
Banda Hilir adalah tempat favorite aku sejak azali lagi.
Dulu masa aku jadi Houseman kat Muar,
aku selalu datang sini untuk hilangkan tension.
Mahkota Parade adalah tempat lepak paling best.
Dan sekarang ada pulak Dataran Pahlawan.
Macam2 barang boleh dibeli di sini.
Nak beli belacan dan cencalok pun ada.


Kawasan ini dah berubah hampir 100%
sejak kali terakhir aku datang ke sini
kira2 4 tahun lalu.
Jalan depan Mahkota Parade dah jadi sehala.
Warung2 jual Asam Pedas dah takda.
Pokok2 kat tepi2 jalan pun dah takda.
Semuanya dah jadi hutan batu.


Dua tempat yang mesti pergi kalau di sini, Kota AFamosa peninggalan Portugis dan Gereja St Paul kat atas bukit tu. Jenuh jugak nak memanjat tangga. Terutama diwaktu tengahari buta.

Kat dalam sisa gereja tu ada 'Wishing Well'.
Sesiapa ada hajat boleh buat kat situ.
Lepas berhajat baling duit siling dalam telaga.
Dikatakan kalau duit siling tu jatuh sampai ke dasar telaga
tanpa terkena jeriji2 yang dipasang
pasti hajat akan terkabul.
Tapi…

Aku ke K K Home Deco

Imej
KK Home Deco ni kat MITC jugak.
Tak jauh daripada Melaka Batik House.
Memang dah lama teringin nak kemari.
Nak ubahsuai rumah ala-Inggeris pulak.
Mampu atau tidak lain cerita.


Aku ingat Eric Leong tu maskot KK Home Deco tu.
Rupa2nya dia Creative Director kat syarikat ini.


Kat dalam KK Home Deco pun tak boleh ambik gambar.
Tapi aku tak boleh tahan.
Gatal aje tangan aku nak petik suis kameraku.
Mamat2 Nepal yang kerja kat situ tengokkan aje.
Bukannya aku curi apa2 pun.


Masuk kedai ini memang terasa kelainannya.
Warna merah dan putih memang sesuai dengan jiwaku.
Tapi kalau aku nak buat kat rumah aku,
aku kena tukar hampir 100%.
Terutamanya cat dinding dan perabot.
Itu yang malas tu.


Harga barang2 kat sini taklah mahal sangat.
Tapi bukannya boleh beli satu barang sahaja.
Kena beli banyak2 baru nampak perbezaannya.
Setakat beli pinggan satu set tak nampak apapun.


Gaya Inggeris memang tak ketinggalan zaman.
Semua tempat boleh diubahsuai.
Malah taman kat luar rumah pun boleh buat gaya ini.

Aku di Hotel Mahkota Melaka

Imej
Aku memang dah lama target hotel ini.
Tapi jarangnya kosong.
Asyik full house sahaja.
Hari Khamis aku try di booking.com yang biasa aku guna.
Kali ini ada bilik kosong.
Tapi tinggal jenis Apartment 2 bilik.
Jadi aku belasah sahaja.


Hotel ini letaknya betul2 di belakang Mahkota Parade.
Jalan kaki sahaja untuk ke Dataran Pahlawan, Kota Afamosa
dan muzium2 yang ada disekitarnya.
Jadi senang kerja aku.
Kereta parked kat garaj berbumbung sepanjang hari.
Free of charged.
Yang lain2 berjalan kaki sahaja.
Bagus untuk membakar kalori yang berlebihan.


Proses check-in dan check-out memang mudah.
Tak payah tunggu lama2.
5 minit dah siap.
Walaupun orang ramai tak terasa sangat sibuknya.
Biliknya pun bersih, selesa dan cukup kelengkapannya.
Ada ruang rehat, ruang makan, pantri juga 2 bilik tidur.
Sangat sesuai untuk anak2 yang dah semakin membesar.


Sarapan pagi boleh tahan variasinya.
Ada menu yang sesuai untuk tekak masing2.
Cuma kena tunggu sekejap sebelum dapat meja.
Maklumlah orang ramai.
Lepas…

Aku ke Jonker Walk Night Market

Imej
Malam minggu di Banda Hilir memang meriah.
Semeriah lampu kelip2 berwarna-warni di beca2 menunggu pelancong.
Sementara yang lain2 jalan2 sekitar Dataran Pahlawan,
aku berjalan kaki ke Jonker Street.
Aku nak tahu apa ada di sana.


Kedatanganku disambut dengan gambar besar Tan Sri Muhyidin Yasin.
Apa signifikannya aku pun tak tahulah.
Tapi politik tempatan masih mengagungkan pemimpin barangkali.

Kalau dalam peta,
Jonker Walk = Jalan Hang Jebat.
Ada deretan kedai2 zaman sebelum merdeka
yang cuba dikekalkan sehingga sekarang.
Setiap malam hujung minggu jalan ini ditutup.
Memberi laluan kepada peniaga2 runcit untuk berniaga.
Takda bezanya dengan pasar2 malam yang lain.
Cuma barang2 jualannya lebih tertumpu kepada satu bangsa sahaja.
Orang2 macam aku takda apa2 yang boleh dibeli.
Sekadar tengok2, belek2 dan tangkap gambar sahaja.


Kedai2 yang ada memang unik dekorasinya.
Berwarna-warni dan cantik.
Harga barang2 di sini boleh tahan murahnya.
Cuma aku tak tahu apa yang dibeli.
Lainlah kalau aku…

Aku ke Melaka Batik House

Imej
Aku taklah frustrated sangat sebab Taman Mini Malaysia ditutup.
Ainaa yang beriya2 sangat nak ke sana.
Nasib baik aku teringat tempat ini.
Ada iklan pasal belajar buat batik di Radio Sinar tempohari.
Mata wife dan Ainaa bersinar2 bila nampak Noor Arfa Batik House.
Anak2 bujang aku yang terus hilang mood.
" Mati keringlah kita kat sini..."



Kat dalam butik dilarang ambik gambar.
Pekerja2nya asyik ikut kita  kemana sahaja.
Jadi aku dan anak2 lelaki duduk kat depan kaunter aje.
Melayan iPod, iPad dan iPhone.
Sementara wife dan Ainaa bersiar2 menjamu mata.
Bulan ini ada diskaun 50% untuk semua produk.
Wife sibuk suruh aku beli baju batik.
Tapi aku kata bila masa aku nak pakainya pun?


Di tingkat bawah ada tempat membuat batik.
Tapi aku datang silap hari.
Langsung takda apa2 aktiviti hari ini.
Namun mereka nak juga ajar kita cara2 mewarna batik.
Mungkin sebab mereka takda banyak customer hari ini agaknya.


Ainaalah yang paling excited sekali.
Dia memang minat hal2 mewarna dan melu…

Aku ke Taman Rama-Rama

Imej
Kali pertama ke Taman Rama-Rama akhir tahun 2007.
Masa tu baru belajar pakai Canon 400D.
Gambar di atas sebagai bukti.



4 tahun kemudian.
Aku datang lagi.
Kali ini bawak Canon 60D pulak.
Entrance Taman Rama-Rama tak berubah.
Cuma kali ini orang agak ramai.
Banyak bas rombongan bawak budak2 sekolah.


Aku suka ke Taman Rama-Rama.
Lokasinya betul2 sebelah Plaza Tol Ayer Keroh.
Suasananya menghijau dan kebersihannya terjaga.
Haiwan2 dan pokok2nya cantik dipandang.
Banyak benda boleh ditengok dan dipotretkan.


Walaupun namanya Taman Rama-Rama,
banyak lagi haiwan2 lain yang boleh ditengok.
Rama-rama hanya sebahagian sahaja.
Burung2, harimau bintang, buaya, ular.
Semuanya ada.


Lepas Taman Rama-Rama cadangnya nak ke Taman Mini Malaysia.
Manalah tahu dapat jumpa Noraniza Idris kat sana.
Bersama2 denganku ada 2 bas penuh dengan budak2 U.
Sama2 excited nak tengok rumah2 lama.
Nak siapkan assignment.
Malangnya tutup pulak untuk renovation.
Frustrated.


Tapi ada tempat lain yang lagi best.
Tunggu si…

Aku bercuti di Melaka

Imej
Anak2 cuti sekolah seminggu.
Cuti Deepavali.
Pagi sabtu.
Sarapan di Yong Peng.
Berkelah dan lunch di Pantai Klebang.
Tidur di Banda Hilir.
Last minute punya planning.
Relax and easy.
Takda target nak kemana2.
Sekadar jalan2 dan rehatkan minda.
Tapi Melaka penuh sesak.
Manusia dan kereta ada di mana2.
Kena belajar bersabar drp sekarang.
Kat Mekah lagi ramai manusia.

Salam hujung minggu daripada Melaka.

Aku dan Rutin Hari Ini

Imej
Hari2 rutin yang sama.
Bangun pagi.
Kemas rumah lebih kurang.
Buang sampah.
Beri kucing dan ikan makan.
Pergi kerja (sif pagi).
Tengok pesakit yang berbagai ragam dan permintaan.
Tengahari ambik anak balik sekolah.
Hantar anak pergi sekolah semula.
Masuk kerja semula (sif petang).
Tengok pesakit yang berbagai ragam dan permintaan.
Ambik anak balik sekolah.
Balik rumah.
Beri ikan dan kucing makan.
Tolong wife memasak.
Masuk kerja semula (sif malam).
Tengok pesakit yang berbagai ragam dan permintaan.
Balik rumah.
Tengok tv.
Main game dalam handphone.
Tidur bila mata mengantuk.
Esok ulang semula.

Aku dah mula bosan dengan rutin kehidupan.
Nak kena lari daripada kebiasaan.
Nak charge bateri kamera aku.
Nak kemas beg baju aku.
Nak panaskan enjin kereta aku.
Nak pergi bercuti 2 hari.

Aku cari bilik hotel di sini.
Ipoh, Cameron Highlands, Melaka, Kuching...
Malah Bandung pun boleh.



Aku dan Hari Ini

Imej
Pukul 4.30 petang.
Cuaca mendung.
Klinik sunyi sepi.
Mata tersangatlah mengantuk.
Tiba-tiba Ezanee call.
Ajak minum kat tempat biasa.
" Kalau ada patient datang cakap doktor pergi house call ya? "
Itu pesanku kepada staf klinik semasa aku nak keluar.

Hujan mula turun semasa aku sampai di Secret Recipe.
Lama juga aku tak datang ke sini.
Sembang2 sambil minum kopi dan makan kek.
Kat sini pun ada orang nak jual produk.
Boleh dapat rebate kalau guna kad kredit dia.
Boleh untung kalau buat balance transfer ke kad kredit dia.

Ini mungkin kali terakhir aku jumpa Ezanee.
Minggu depan dia nak ke Mekah.
Semoga perjalanannya dipermudahkan.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Woman finds out she has testicles SIN CHEW DAILY reported that a Taiwanese woman was shocked when a gynaecologist told her that she had testicles. The woman, 34, decided to consult a specialist after experiencing pain in her genital area. It was her first time seeking treatment from a gynaecologist although she had never experienced menstruation in her life. The check-up also showed that the woman did not have a uterus. When asked why she had not sought treatment or medical advice about her menstrual problem, the woman was lost for an answer. Ini cerita benar.
Aku pernah jumpa satu kes sebegini
masa kerja di Klinik Pakar SakitPuan dulu.
Seorang perempuan berusia awal 20-an.
Dirujuk ke klinik kerana tak pernah datang haid.
Fizikal luarannya memang perempuan.
Bila doktor buat pemeriksaan,
dia takda lubang vagina.
Bila doktor buat scan,
dia juga tiada uterus dan juga ovari.
Tapi doktor tak jumpa testis tersesat dimana2.

Perempuan ini telah bertunang dah akan berkahwin 2 bulan lagi.
Beliau da…

Aku dan Everybody Loves Raymond

Imej
Hari minggu aku ke Jusco Tebrau City.
Lama tak jalan2 sampai ke sana.
TGV pun dah lama aku tak pergi.
Banyak tempat boleh dilawati di sini.
Boleh tengok aksesori mahal produk2 Apple di The Machine.
Boleh tengok mainan mahal2 di Toy R Us.
Boleh tengok dan belek gajet mahal2 di Sony dan SenQ.
Boleh tengok jersi bola mahal2 di Al-Ikhsan.
Juga baca buku dan majalah free di Harris.
Dan tak ketinggalan tengok koleksi DVD original di Speedy Video.

"Everybody Loves Raymond".
Ini sitkom favoriteku masa muda2 dulu.
Ada diskaun sampai 50% untuk koleksi sitkom kegemaranku ini.
Aku memang minat sangat dengan keluarga psycho ini.
Watak2 dalam sitkom ini aku tak boleh lupa sampai bila2.
Mereka semua asyik bergaduh sahaja.
Terutama dalam hal2 yang remeh.
Hal2 kecik diperbesar2kan.
Semua perkara tak boleh dirahsiakan.
Pasti akan ada yang membocorkannya.
Kalaulah famili aku macam ini,
pasti dah lama aku masuk kat Hospital Tampoi...

Baca lebih lanjut tentang sitkom ini di sini



UNDIlah aku

Imej
Ini bukan propaganda politik. 
Ini untuk mengingatkan kita.
Hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia.
Masa depan negara ditangan kita.
Undilah...

So who is a "winnable candidate?"COMMENT by BARADAN KUPPUSAMY WITH the general election months away, the Barisan Nasional is pinning its hope on winning big with a slate of young and presentable “winnable” candidates who will have the “wow” factor that was sorely missing for the coalition in 2008.
The “wow” factor is considered important for candidates now that the political landscape has changed dramatically and voters are younger and more discerning and demanding of their representatives. In the new political landscape, public perception is also a crucial factor.
And the coalition that is in line with public perception by fielding the “right” candidates stand to gain. Barisan wants to fit in with public expectation and present a slate that not only has the “wow” appeal but is considered winnable.
Both Prime Minister Datuk S…

Aku dan rayuan FOMEMA

Ini kali pertama aku buat rayuan kepada panel FOMEMA.
Banyak betul paperworks.
Leceh nak mampus!

Satu pekerja daripada Nepal.
Pernah kerja di sini selama 3 tahun.
Lepas tu balik kampung.
Tahun ini dia nak masuk balik.
Kerja di kilang yang lain.
Sebelum pekerja tu datang buat check up,
HR kilang dia call aku.
FOMEMA pun hantar faks kat aku.
Katanya pekerja ni pernah gagal sebelum ini.
Mereka suruh aku check betul2.

Bila dia datang aku tengok dia macam orang Nepal yang lain jugak.
Tak banyak cakap.
Muka blur semacam bila ditanya soalan.
Fizikal, X-ray, Darah dan Urine semuanya OK.
Jadi aku luluskan tanpa sebarang masalah.

Lepas seminggu aku dapat faks lagi daripada FOMEMA.
Pekerja ni digagalkan sebelum ini kerana Psychiatric Illness.
FOMEMA beri aku tempoh 2 minggu.
FOMEMA nak suruh aku buat Psychiatric Assessment kat dia.
Juga dapatkan Commitment Letter daripada majikan.
Kalau tidak terus dikira gagal.
Dahlah bahasa Nepal satu perkataan pun aku tak faham.
Aku tanya soalan senang pun …

Aku Dah Ada iPhone 4

Aku dah ada handphone baru.
Aku juga ada line 3G sekarang.
Jadi dah boleh jadi mobile blogger.

iPhone.
Bukan setakat handphone.
Ia ada segala2nya.
Ada beribu2 apps boleh didownload.
Free ataupun pada harga minimum.
Gila betul otak Steve Jobs tu.
Tak terfikir bahawa teknologi akan menjadikan segala2nya semudah ini.

Entry sent using Blogger Application for iPhone.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 40-an.
Mengadu demam dan sakit2 badan selama 2 minggu.
Tiada batuk atau selsema.
Tetapi merasa sangat tidak bermaya.
Telah pergi ke beberapa buah klinik.
Berjenis2 ubat dah dimakannya tetapi langsung tiada perubahan.
Beliau datang ke klinikku meminta ujian darah.
Mungkin Denggi atau Malaria katanya.
Aku check dia sihat aje cuma muka kurang bermaya.
Langsung tiada demam.
Aku kata ujian darah tak perlu kerana tiada tanda2 demam.
Tanya punya tanya punya tanya akhirnya aku dapat jawapannya.
Dia seorang ibu tunggal.
Ada anak lima orang.
Berkenalan dengan seorang lelaki sejak beberapa bulan yang lalu.
Jadi dia cuba menjadi 'baik'.
Dia cuba berhenti merokok sejak 2 minggu yang lalu.
Lelaki itu berjanji macam2 dengannya.
Dengan syarat dia berhenti merokok dan minum2.
Sebab itu dia rasa macam serba tak kena.
Rasa macam demam, takda selera makan dan sakit satu badan.

Baca tentang Nicotine Withdrawal symptoms di sini.


Aku ke Senai Airport

Imej
Pukul 7 pagi hari ini.
Aku dan wife dah sampai kat Senai Airport.
Nak ucap salam perpisahan kat kakak dan abang iparku.
Mereka akan ke tanah suci untuk menunaikan haji.


Kali terakhir aku menghantar saudaraku pergi haji
ialah kira2 8 tahun yang lalu.
Masa itu abah dan emak yang pergi.
Selepas 8 tahun, suasananya dah berlainan.
Urusan pendaftaran lebih mudah dan sistematik.
Cuma kesibukan, kemeriahan dan kesedihannya tetap sama.


Ramai juga yang menghantar Ngah.
Emak dan bapak mertua sudah semestinya.
Anak2nya yang 6 orang semua ada.
Adik-beradik wife yang perempuan semua ada.
Tapi yang lelaki takda.
Banyak urusan lain rasanya.


Banyak juga barang2 free Tabung Haji beri.
Payung, buku, face mask, toiletries, alkohol untuk cuci tangan pun ada.
Bilik penginapan juga nombor bas masa di Madinah pun dah ditetapkan.
Rasanya pengurusan Tabung Haji masih yang terbaik banding negara lain.


Suasana di Senai Airport memang meriah.
Sana-sini penuh dengan manusia.
Kalau ada yang naik/turun flight nak …