Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Oktober 2011

Aku dan Amil Zakat kampungku Siri 1

Apa sudah jadi?
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Amil zakat sepatutnya seorang yang amanah.
Amil zakat sepatutnya tinggi akhlaknya.
Tapi apa dah jadi?
Duit zakat dijadikan harta sendiri.
Sebagai orang Melayu,
sebagai orang Islam,
juga sebagai orang Kulaijaya,
aku turut malu.

Amil Negeri Johor Dikehendaki Polis

Mengejutkan apabila seorang amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai dekat sini, menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.

Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.

PEJABAT Majlis Agama Islam Johor di Johor Bahru melantik Redzuan (gambar kecil) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya masih mengesan suspek selepas menerima laporan daripada MAINJ berkaitan perkara itu.

“Redzuan yang memiliki MyKad 830803-01-5859 dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun hingga 10 tahun, denda dan sebatan.

“Suspek menghilangkan diri selepas mengutip wang zakat untuk tempoh sebulan di bandar berkenaan, keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Redzuan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan