Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Oktober 2011

Aku dan Bajet Pilihanraya

Seperti dijangka,
banyak gula-gula pilihanraya akan diagihkan.
Kakitangan awam, pesara kerajaan,
peneroka Felda, anak2 sekolah,
semua orang mendapat bahagian masing2.
Tapi bagaimana dengan pembayar cukai sepertiku?
Apa aku dapat?
Ubat2 semakin mahal,
kos penyelenggaraan semakin meningkat,
gaji staf pun nak minta dinaikkan.
Gaji minimum RM1100?
Nak naikkan lagi harga rundingan?
Semakin mengeluhlah pesakit2 aku.
Mungkin ramai yang cuba lari ke klinik swasta yang lebih murah. 
Takpun ke klinik 1Malaysia yang sememangnya murah.
Jadi apa yang aku dapat?

 

— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 lagi klinik 1Malaysia.
— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan
— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu
— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka
— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.

Bajet 2012 Pakatan Rakyat pula menekankan:

─ Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012
─ Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambah baik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
─ Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
─ Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
─ Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550.
─ Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
“Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion,” katanya.

sumber: Malaysianinsider



5 ulasan:

  1. saya takde dalam senarai. nak pindah abi dhabi lah cenggini!

    BalasPadam
  2. saya pindah austria
    kat sana maternity leave 2 tahun, gaji jalan, jawatan secure
    ;p

    BalasPadam
  3. sy pon geram dgn budget ni.. terlalu specific to gov servant.. hbs kami yg dok byr cukai beribu2 dpt ape? mansuh yuran sek yg brp ringgit je.. igt tax payer ni buta mata ke? sy br call HR utk buat deduction zakat... lg puas hati dpt tlg org susah... tertunai tggjwb sesama muslim..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,

    Nasib baik wife saya kerja gomen.
    Dapat juga tempias sikit2.
    Tapi saya masih juga tak puashati.
    Namun, siapalah saya...
    Undi saya BN tak hairan.

    BalasPadam