Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Oktober 2011

Aku dan Hari Ini

Pukul 4.30 petang.
Cuaca mendung.
Klinik sunyi sepi.
Mata tersangatlah mengantuk.
Tiba-tiba Ezanee call.
Ajak minum kat tempat biasa.
" Kalau ada patient datang cakap doktor pergi house call ya? "
Itu pesanku kepada staf klinik semasa aku nak keluar.

Hujan mula turun semasa aku sampai di Secret Recipe.
Lama juga aku tak datang ke sini.
Sembang2 sambil minum kopi dan makan kek.
Kat sini pun ada orang nak jual produk.
Boleh dapat rebate kalau guna kad kredit dia.
Boleh untung kalau buat balance transfer ke kad kredit dia.

Ini mungkin kali terakhir aku jumpa Ezanee.
Minggu depan dia nak ke Mekah.
Semoga perjalanannya dipermudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan