Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Oktober 2011

Aku dan MMS


Aku dapat MMS ni petang tadi.
"A gift from my good friends called TNG during my wedding 13 years ago. 
My wife cook rice with it since then till yesterday when it stop working. 
TQ guys. 
Our friendship remain. 
@ calling for reunion."
Ini cerita 13 tahun lalu.
Masa itu aku masih kerja dengan gomen.
Aku sanggup ambik cuti panjang.
Aku drive Iswara cabuk aku ke Kelantan.
Kawan karib aku kahwin.
Aku pergi dengan geng2 TNG yang lain.
Jemie, Fatahul, Azman dan Neil Amri.
Kami sama2 kongsi beli rice-cooker tu.
Tak sangka.
13 tahun jangka hayat umur rice-cooker itu.
Mungkin jarang diguna kot.
Tapi itu tak penting.
Yang penting persahabatan yang terjalin.
Aku rindu kawan2 lama aku.
Terutamanya yang berada di Tanah Suci.
Juga Jemie di Selayang.
Neil dan Fatah di Alor Setar.
Man Kiflie di Ipoh.
Dan Tengku Muzafar di Kelantan.
Susahnya nak adjust time untuk reunion.





7 ulasan:

  1. anda sgt thoughtful.. mesti shbt yg kasi tuh terharu membaca n3 ini..

    =]

    jemput singgah bace latest n3 FM, ada nama anda kt sana...

    BalasPadam
  2. Brg dulu mmg tahan lama...tak macam sekarang, berapa bulan pakai dah rosak. Aku masih lagi guna toaster hadiah wedding aku 16 tahun dulu. Rice cooker wedding present tahan selama 14 tahun baru rosak.

    BalasPadam
  3. Taz,

    betul tu.
    tv Panasonic saya beli tahun 1993.
    masih boleh pakai sampai sekarang.
    kena petir 2 kali masih boleh dibaiki.

    4 tahun lepas beli tv LCD.
    Kena petir sekali.
    Sampai sekarang masih sangkut kat kedai...

    BalasPadam
  4. TV Sony LCD aku beli bulan 3 baru2 ni, semlm gambar takde..nak kena punggah pi kedai balik..leceh betul..

    BalasPadam
  5. taz,

    upgrade ke LED terus.
    dah murah dah sekarang.
    :)

    BalasPadam
  6. saya pulak yang rasa terharu dan rasa nak hadiahkan periuk nasi kat kawan0kawan yang nak kawin nanti. heheh~

    BalasPadam