Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Oktober 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 40-an.
Mengadu demam dan sakit2 badan selama 2 minggu.
Tiada batuk atau selsema.
Tetapi merasa sangat tidak bermaya.
Telah pergi ke beberapa buah klinik.
Berjenis2 ubat dah dimakannya tetapi langsung tiada perubahan.
Beliau datang ke klinikku meminta ujian darah.
Mungkin Denggi atau Malaria katanya.
Aku check dia sihat aje cuma muka kurang bermaya.
Langsung tiada demam.
Aku kata ujian darah tak perlu kerana tiada tanda2 demam.
Tanya punya tanya punya tanya akhirnya aku dapat jawapannya.
Dia seorang ibu tunggal.
Ada anak lima orang.
Berkenalan dengan seorang lelaki sejak beberapa bulan yang lalu.
Jadi dia cuba menjadi 'baik'.
Dia cuba berhenti merokok sejak 2 minggu yang lalu.
Lelaki itu berjanji macam2 dengannya.
Dengan syarat dia berhenti merokok dan minum2.
Sebab itu dia rasa macam serba tak kena.
Rasa macam demam, takda selera makan dan sakit satu badan.

Baca tentang Nicotine Withdrawal symptoms di sini.


4 ulasan:

  1. assalam doc..islam ke..bukan..sebab merokok dan minum2..doc..cuma tulis..'seorang wanita'

    BalasPadam
  2. Muslim.
    Sabahan.
    Kerja sebagai tukang urut.
    Baru 8 bulan kat Semenanjung.

    Sedih kan?
    Itu belum tanya sembahyang ke tidak...

    BalasPadam
  3. hope dia dapat lelaki yang baik..

    BalasPadam