Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Oktober 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki Nepal.
Bekerja di kilang kayu.
Pernah jumpa aku 5 tahun yang lalu.
Cedera di tangan kiri.
Luka dijahit di klinik lain.
Datang jumpa aku sebab lukanya tak baik2.
Aku sekadar cuci dan beri antibiotik sahaja.

Selepas 5 tahun dia datang lagi.
Parut lukanya semakin bengkak dan menyakitkan.
Nak kerja pun asyik sakit sahaja.
Jadi aku buat wound exploration.
Aku semacam dah agak dah akan jumpa sesuatu.
Memang betul.
Ada selumbar kayu sepanjang 1 cm didalam parut lukanya.
Dia jerit2 dan bising2 kat boss dia.
" Sudah cakap banyak kali sama lu tapi lu tak caya."
" Gua bukan doktor ma!" boss dia menyahut.
" Gua ingat lu suka2 tak mahu kerja!"
Mungkin itu cakap boss dia dalam hati.

5 tahun dia simpan dan tahan sakitnya.
Aku simpati dengannya.
Nak aje aku suruh bawak lawyer ke klinik yang jahit lukanya.
Tapi itu bukan caraku.
Aku suruh dia simpan selumbar tu.
Buat tangkal azimat.

3 ulasan:

  1. 5 tahun foreign body dalam tangan! gilo

    BalasPadam
  2. haduiiii... 5 tahun tu!
    patient saya hari tu simpan kaca kat tumit, tapi nasiblah seminggu jer

    BalasPadam
  3. kesian kat dia.
    kecuaian doktor yg menjahit tuh.. 5 tahun dia tanggung..

    BalasPadam