Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Oktober 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 50-an.
Berpenyakit darah tinggi.
Aku mulakan dengan Atenolol 50mg sehari sekali.
Ubat yang murah, selamat dan senang diingat.
Selepas beberapa bulan dia hilang daripada klinikku.

Semalam dia datang balik ke klinik aku.
Dia bawa sekali kad2 OPDnya daripada hospital besar.
Untuk tempoh 6 bulan yang lepas,
dia mendapatkan rawatan darah tinggi di hospital kerajaan.
Mula2 makan Nifedipine 10 mg kemudian ditukar ke Amlodipine 5 mg.

Dia datang berjumpa denganku kerana kakinya bengkak dah lebih 3 bulan.
Menurut laporan di kad OPDnya,
fungsi buah pinggang, fungsi hati, ECG semuanya normal.
Dia risau kerana kakinya terus membengkak.
Dalam kad itu ditulis macam2 tentang bengkak kakinya itu.
Tetapi tiada siapa memberi jawapan kepadanya.
Itu yang merisaukannya.
Tiada siapa yang merawat kakinya malah
ditambah dos Amlodipine kepada 10 mg.
Tiada siapa merekodkan bahawa bengkak kakinya
berpunca daripada kesan sampingan ubat Amlodipine
yang dimakannya.

Maka nasihatku kepadanya;
beritahu doktor supaya tukar ubat Amlodipine dengan yang lain.
Itulah punca bengkak kakinya.
Tak perlu susah2 buat 24-H Urine Protein, Liver Function Test, CXR dsbnya.

Selamat Berhujung Minggu!
Musim Raya dah habis.
Nak buat apa ya?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan