Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Oktober 2011

Aku dan rayuan FOMEMA

Ini kali pertama aku buat rayuan kepada panel FOMEMA.
Banyak betul paperworks.
Leceh nak mampus!

Satu pekerja daripada Nepal.
Pernah kerja di sini selama 3 tahun.
Lepas tu balik kampung.
Tahun ini dia nak masuk balik.
Kerja di kilang yang lain.
Sebelum pekerja tu datang buat check up,
HR kilang dia call aku.
FOMEMA pun hantar faks kat aku.
Katanya pekerja ni pernah gagal sebelum ini.
Mereka suruh aku check betul2.

Bila dia datang aku tengok dia macam orang Nepal yang lain jugak.
Tak banyak cakap.
Muka blur semacam bila ditanya soalan.
Fizikal, X-ray, Darah dan Urine semuanya OK.
Jadi aku luluskan tanpa sebarang masalah.

Lepas seminggu aku dapat faks lagi daripada FOMEMA.
Pekerja ni digagalkan sebelum ini kerana Psychiatric Illness.
FOMEMA beri aku tempoh 2 minggu.
FOMEMA nak suruh aku buat Psychiatric Assessment kat dia.
Juga dapatkan Commitment Letter daripada majikan.
Kalau tidak terus dikira gagal.
Dahlah bahasa Nepal satu perkataan pun aku tak faham.
Aku tanya soalan senang pun dia terkebil2,
Nak Psychiatric Assessment apa kejadahnya?

Jadi aku call majikannya.
Kena bawak pekerja ke Pakar Sakit Jiwa untuk pengesahan.
Di klinik pakar kerajaan ataupun swasta.
Tanpa surat pengesahan itu, pekerja ini akan dikira gagal
dan terpaksalah dihantar balik kampung.
Kerani office majikan asyik call aku.
Ibupejabatnya di Penang pun asyik call aku jugak.
Pening kepala aku dibuatnya.
Mintak sain majikan, suruh isi borang,
fakskan borang, poskan borang, dsbnya.

Aku hairan bin ajaiblah.
Macamana doktor sebelum ini boleh gagalkan dia.
Sakit mental pulak tu.
Aku baru dapat report daripada Pakar Sakit Jiwa minggu lepas.
Sihat walafiat lagi otaknya.
Ni tengah tunggu majikan dia isi borang rayuan.
Lepas tu nak kena pos ke KL.
Lepas tu tunggu keputusan jemaah rayuan.
Kalau tak lulus jugak entahlah.





2 ulasan:

  1. hahaha..agak agaknya sebelum ni di fail kan sebab doktor tu ingat mamat Nepal ni psycho...padahal sebab dia tak boleh berbahasa melayu/english!

    BalasPadam
  2. Selamat kembali!

    Mungkin mamat ni nak balik sangat masa tu.
    Jadi dia buat2 gila depan doktor gamaknya.

    BalasPadam