Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Oktober 2011

Aku dan Sinar Pagi

Aku dah semakin lambat masuk klinik sekarang.
Terutamanya disebelah pagi.
Lagi2 pagi hari Isnin.
Dan juga pagi hari hujan.
Memang sah berderet yang menunggu mintak sain autograf.



Dan ada satu lagi sebabnya.
Aku suka melayan telinga aku dengan celoteh2 merapu di Sinar Pagi.
Terutama kalau ada Dato Dr Fadhilah Kamsah di konti.
Memang banyak ilmu yang boleh diambil daripadanya.
Dalam gelak2 dan riuh rendah ada ilmu yang dipelajari.
Kadang2 serba sedikit terkena kat muka sendiri.



Cerita ibubapa kena menjadi pengasuh kepada cucu2 satu daripadanya.
Sebagai anak aku hanya dapat melihat.
Emak dan emak mertua aku redha dengan tugasannya.
Dah lebih 2 tahun emak tak pernah bermalam di rumahku.
Alasannya sibuk menjaga cucunya yang seorang tu.
Begitu juga dengan emak mertuaku.
Dia sibuk memasak untuk anak2 dan cucu2nya.
Nak suruh temankan anak2 aku masa wife kursus pun tak boleh.
Nak ajak jalan2, rehat2 dan sembang2 kat rumah aku pun tak sempat.
Masih banyak komitment kat anak2 dan cucu2 yang lain.
Kadang2 aku rasa terkilan jugak.
Tapi apa boleh buat?
Aku dan wife bukan tergolong dalam anak kesayangan.



3 ulasan:

  1. mak ayah saya pun sama
    nak ajak gi jenjalan time bukan cuti sekolah? jangan haraplah..
    nanti takde sape nak hantar dan ambik cucu2 dan anak2 sedara sekolah
    nanti takde sape nak masakkan utk budak2 tu sebelum pegi sekolah
    :(

    BalasPadam
  2. dr. lbh baik jd anak yg independent dan tak menyusahkan ibu bapa... i n hubby pon tergolong dlm bukan anak kesayangan... but better of... tgn yg memberi lbh mulia dr yg menerima... always remember these words..

    BalasPadam
  3. xperlu la cite kekhilafan kat mak sendiri.
    macam tepuk air dalam dulang je aku rasa.
    percik airnya boleh terkena muka sendiri. muka saudara mara juga barangkali.

    BalasPadam