Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Oktober 2011

Aku dan Tazkirah Jumaat

Tanda2 Isteri Sudah Mula Curang

1. Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang  atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu mungkin tandanya  dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya.

2. Isteri tidak lagi marah. Kalau dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.

3. Dia mula berahsia. Dia tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu.

4. Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.

5 – Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan kawan-kawan, memberikan anda kad ‘I Love You” secara tiba-tiba, atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.

Tanda2 Suami Sudah Mula Curang

1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

1 ulasan: