Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Oktober 2011

Aku di Banda Hilir


Banda Hilir adalah tempat favorite aku sejak azali lagi.
Dulu masa aku jadi Houseman kat Muar,
aku selalu datang sini untuk hilangkan tension.
Mahkota Parade adalah tempat lepak paling best.
Dan sekarang ada pulak Dataran Pahlawan.
Macam2 barang boleh dibeli di sini.
Nak beli belacan dan cencalok pun ada.


Kawasan ini dah berubah hampir 100%
sejak kali terakhir aku datang ke sini
kira2 4 tahun lalu.
Jalan depan Mahkota Parade dah jadi sehala.
Warung2 jual Asam Pedas dah takda.
Pokok2 kat tepi2 jalan pun dah takda.
Semuanya dah jadi hutan batu.
 

Dua tempat yang mesti pergi kalau di sini,
Kota AFamosa peninggalan Portugis
dan Gereja St Paul kat atas bukit tu.
Jenuh jugak nak memanjat tangga.
Terutama diwaktu tengahari buta.


Kat dalam sisa gereja tu ada 'Wishing Well'.
Sesiapa ada hajat boleh buat kat situ.
Lepas berhajat baling duit siling dalam telaga.
Dikatakan kalau duit siling tu jatuh sampai ke dasar telaga
tanpa terkena jeriji2 yang dipasang
pasti hajat akan terkabul.
Tapi sebagai Muslim itu syirik namanya.
Anak2 aku pun tahu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan