Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Oktober 2011

Aku di Hotel Mahkota Melaka

Aku memang dah lama target hotel ini.
Tapi jarangnya kosong.
Asyik full house sahaja.
Hari Khamis aku try di booking.com yang biasa aku guna.
Kali ini ada bilik kosong.
Tapi tinggal jenis Apartment 2 bilik.
Jadi aku belasah sahaja.


Hotel ini letaknya betul2 di belakang Mahkota Parade.
Jalan kaki sahaja untuk ke Dataran Pahlawan, Kota Afamosa
dan muzium2 yang ada disekitarnya.
Jadi senang kerja aku.
Kereta parked kat garaj berbumbung sepanjang hari.
Free of charged.
Yang lain2 berjalan kaki sahaja.
Bagus untuk membakar kalori yang berlebihan.


Proses check-in dan check-out memang mudah.
Tak payah tunggu lama2.
5 minit dah siap.
Walaupun orang ramai tak terasa sangat sibuknya.
Biliknya pun bersih, selesa dan cukup kelengkapannya.
Ada ruang rehat, ruang makan, pantri juga 2 bilik tidur.
Sangat sesuai untuk anak2 yang dah semakin membesar.


Sarapan pagi boleh tahan variasinya.
Ada menu yang sesuai untuk tekak masing2.
Cuma kena tunggu sekejap sebelum dapat meja.
Maklumlah orang ramai.
Lepas sarapan terjun ke kolamlah apa lagi.
Ada dua kolam renang yang sesuai untuk anak2.
Kolamnya tak dalam dan rasanya pakai baju apapun
takda siapa yang kisah.


Dua perkara yang aku suka buat masa cuti2 sebegini.
Satu, dengar lagu di iPhone.
Dua, petik suis kamera.
Shopping2 tu wife dan anak2 punya hobi.
Sebab tu kalau bercuti kena duduk dekat dengan shopping complex.
Kalau tidak jenuh aku kena jadi driver.



2 ulasan:

  1. Hotel2 kat melaka mmg dahsyat kan doc..2-3x pergi sana mmg asyik full aje hotel dgn apartment. Last2 skali masuk homestay aje..kena booking awal2 ni next time..mcm doc :D

    BalasPadam