Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Oktober 2011

Aku ke Jonker Walk Night Market

Malam minggu di Banda Hilir memang meriah.
Semeriah lampu kelip2 berwarna-warni di beca2 menunggu pelancong.
Sementara yang lain2 jalan2 sekitar Dataran Pahlawan,
aku berjalan kaki ke Jonker Street.
Aku nak tahu apa ada di sana.


Kedatanganku disambut dengan gambar besar Tan Sri Muhyidin Yasin.
Apa signifikannya aku pun tak tahulah.
Tapi politik tempatan masih mengagungkan pemimpin barangkali.

Kalau dalam peta,
Jonker Walk = Jalan Hang Jebat.
Ada deretan kedai2 zaman sebelum merdeka
yang cuba dikekalkan sehingga sekarang.
Setiap malam hujung minggu jalan ini ditutup.
Memberi laluan kepada peniaga2 runcit untuk berniaga.
Takda bezanya dengan pasar2 malam yang lain.
Cuma barang2 jualannya lebih tertumpu kepada satu bangsa sahaja.
Orang2 macam aku takda apa2 yang boleh dibeli.
Sekadar tengok2, belek2 dan tangkap gambar sahaja.


Kedai2 yang ada memang unik dekorasinya.
Berwarna-warni dan cantik.
Harga barang2 di sini boleh tahan murahnya.
Cuma aku tak tahu apa yang dibeli.
Lainlah kalau aku pelancong luar negara.
Macam2 souvenir aku boleh beli di sini.


Satu yang aku tak suka.
Manusia terlalu ramai.
Sana-sini penuh sesak dengan manusia.
Juga setiap kedai ada notis tak boleh ambik gambar.
Kenapa ya?
Bukannya rosak pun barang dia.


Arak dijual secara berleluasa.
Ramai Mat Salih melepak sambil minum2 di sini.
Yang jual arak pun bukan main seksi lagi.
Sekali terpandang memang nak pandang lagi.
Astagfirullah.




Lain kali aku kena datang waktu siang.
Tapi rasanya tak payahlah.
Buang masa dan penat kaki berjalan aje.
Bukannya boleh ambik gambar pun!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan