Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Oktober 2011

Aku ke K K Home Deco

KK Home Deco ni kat MITC jugak.
Tak jauh daripada Melaka Batik House.
Memang dah lama teringin nak kemari.
Nak ubahsuai rumah ala-Inggeris pulak.
Mampu atau tidak lain cerita.


Aku ingat Eric Leong tu maskot KK Home Deco tu.
Rupa2nya dia Creative Director kat syarikat ini.


Kat dalam KK Home Deco pun tak boleh ambik gambar.
Tapi aku tak boleh tahan.
Gatal aje tangan aku nak petik suis kameraku.
Mamat2 Nepal yang kerja kat situ tengokkan aje.
Bukannya aku curi apa2 pun.


Masuk kedai ini memang terasa kelainannya.
Warna merah dan putih memang sesuai dengan jiwaku.
Tapi kalau aku nak buat kat rumah aku,
aku kena tukar hampir 100%.
Terutamanya cat dinding dan perabot.
Itu yang malas tu.


Harga barang2 kat sini taklah mahal sangat.
Tapi bukannya boleh beli satu barang sahaja.
Kena beli banyak2 baru nampak perbezaannya.
Setakat beli pinggan satu set tak nampak apapun.


Gaya Inggeris memang tak ketinggalan zaman.
Semua tempat boleh diubahsuai.
Malah taman kat luar rumah pun boleh buat gaya ini.
Semuanya ada di sini.
Sediakan duitnya sahaja.


Wife aku pun dah jadi ahli kelab ini jugak.
Boleh dapat diskaun sampai 20% untuk semua barangan.
Khabarnya kat JB pun dah ada cawangannya.
Nak kena cari.


3 ulasan:

  1. tema english ni mmg segar. kalau dapat buat fusion pun best. kasi combine dgn tema timur.

    BalasPadam
  2. laa....saya pun mati2 ingat Eric Leong tu maskot/duta...hahahaha

    BalasPadam
  3. KK Home Deco ni ade kat the store pandan

    BalasPadam