Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Oktober 2011

Aku ke Melaka Batik House

Aku taklah frustrated sangat sebab Taman Mini Malaysia ditutup.
Ainaa yang beriya2 sangat nak ke sana.
Nasib baik aku teringat tempat ini.
Ada iklan pasal belajar buat batik di Radio Sinar tempohari.
Mata wife dan Ainaa bersinar2 bila nampak Noor Arfa Batik House.
Anak2 bujang aku yang terus hilang mood.
" Mati keringlah kita kat sini..."



Kat dalam butik dilarang ambik gambar.
Pekerja2nya asyik ikut kita  kemana sahaja.
Jadi aku dan anak2 lelaki duduk kat depan kaunter aje.
Melayan iPod, iPad dan iPhone.
Sementara wife dan Ainaa bersiar2 menjamu mata.
Bulan ini ada diskaun 50% untuk semua produk.
Wife sibuk suruh aku beli baju batik.
Tapi aku kata bila masa aku nak pakainya pun?


Di tingkat bawah ada tempat membuat batik.
Tapi aku datang silap hari.
Langsung takda apa2 aktiviti hari ini.
Namun mereka nak juga ajar kita cara2 mewarna batik.
Mungkin sebab mereka takda banyak customer hari ini agaknya.


Ainaalah yang paling excited sekali.
Dia memang minat hal2 mewarna dan melukis ni.
Ikut macam bapak dia jugak rasanya.
Aku pun minat gak hal2 seni dan kreatif ni.



Melaka Batik House ni letaknya di MITC.
Betul2 sebelah Pasaraya Mydin yang besar gedabak tu.
Wife aku dah daftar jadi ahli kelab.
Dapat diskaun 50 % hari ini.
Dan mungkin juga hari2 yang lain.
" Melaka ni terasa dekatlah Yang!"
" Bolehlah kita datang selalu ya?"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan