Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Oktober 2011

Aku ke Senai Airport


Pukul 7 pagi hari ini.
Aku dan wife dah sampai kat Senai Airport.
Nak ucap salam perpisahan kat kakak dan abang iparku.
Mereka akan ke tanah suci untuk menunaikan haji.


Kali terakhir aku menghantar saudaraku pergi haji
ialah kira2 8 tahun yang lalu.
Masa itu abah dan emak yang pergi.
Selepas 8 tahun, suasananya dah berlainan.
Urusan pendaftaran lebih mudah dan sistematik.
Cuma kesibukan, kemeriahan dan kesedihannya tetap sama.


Ramai juga yang menghantar Ngah.
Emak dan bapak mertua sudah semestinya.
Anak2nya yang 6 orang semua ada.
Adik-beradik wife yang perempuan semua ada.
Tapi yang lelaki takda.
Banyak urusan lain rasanya.


Banyak juga barang2 free Tabung Haji beri.
Payung, buku, face mask, toiletries, alkohol untuk cuci tangan pun ada.
Bilik penginapan juga nombor bas masa di Madinah pun dah ditetapkan.
Rasanya pengurusan Tabung Haji masih yang terbaik banding negara lain.


Suasana di Senai Airport memang meriah.
Sana-sini penuh dengan manusia.
Kalau ada yang naik/turun flight nak ke destinasi lain,
memang pening punya.
Semuanya kena bersesak-sesak.


Kesedihan perpisahan selama 40 hari memang dirasakan.
InsyaAllah mereka pasti akan kembali.
Aku pun dah teringin nak ke sana.
Tetapi rasanya aku belum bersedia lagi.
Aku belum cukup sabar untuk menempuh perjalanan ke sana.
Melayan karenah abah seorang pun tak terlayan,
inikan pula nak menghadap karenah jutaan manusia di sana.
Aku suka baca perjalanan en_me yang sedang berada di sana.
Madinah dan Mekah terasa dekat aje.


Masa tengah bersesak2 tu ada seorang patient aku tegur aku.
Nak tahu apa ceritanya?
Dia kata nak singgah klinik aku lepas ni.
Nak ambik MC 2 hari untuk kakak ipar dia.
Tak dapat cuti untuk hantar bapak mertua ke Airport.
Kalau camtu nak suruh aku sabar jugak ke?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan