Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Aku dan Johor Premium Outlets

JPO is modelled after Woodbury Common Premium Outlets, an hour's drive from New York City. JPO is about one hour's drive from Singapore and three from Kuala Lumpur.

Popular international brands like Coach, DKNY, Burberry, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, GAP, Timberland, Nike, Emporio Armani, Guess, Levi's and Tumi (to name a few) are expected to have a presence in JPO.

Homegrown brandnames like Bonia, Padini, Seed, Vincci and Royal Selangor, and Singapore's Charles & Keith are also expected to be featured. Shoppers will typically enjoy savings of 25% to 65% on branded items all year round.
Akhirnya.
Tak payah pergi jauh2. 10 minit aje daripada ofisku. Khabarnya semua barang berjenama. Cuma out-of-dated sahaja.
Aku dah dapat jemputan.
Kalau nak pergi datang pukul 10 esok pagi.
Ada tawaran jualan pembukaan.
Ada makan2 free. Boleh cuci mata. Tengok orang2 kaya. Tengok suasana. Tengok barang2 berjenama. Beli tak beli lain cerita.


Aku dan Wordless Wednesday

KFC.
Kelantan Freid Chicklen.
Sengaja dicetak begitu gamaknya.
Sebab 2-3 banner ejaannya pun sama.
Ataupun memang cikgu ajar begitu?





Aku dan Hari Ini Dalam Sejarah

Tahun 2008 
Tahun 2009
Tahun 2010


November 1996 mengimbau kenangan,
Aku Houseman baru 5 bulan,
Di wad bersalin Muar aku ditempatkan,
Dengan Mr Ghazali Pakar Sakit Puan.

Cuti kahwinku singkat sahaja,
Nikah Jumaat Isnin dah kena kerja,
Aku on call selang sehari bekerja,
Tiada istilah honeymoon atau apa2.

Kita bermula dengan berdua,
Dengan sedikit wang tanpa sebarang harta,
Yang ada hanyalah cinta kita,
Namun susah senang kita tempuh jua.

Hanya dia yang aku cinta,
Tiada dua atau penggantinya,
Kehadirannya pelengkap segalanya,
Hanya mati memisahkan kita.

Selepas 15 tahun kita bersama,
Kesibukan kita tak pernah reda,
Membesarkan anak cukuplah tiga,
Juga kerja, kerja dan kerja.

Aku ingin meluangkan masa,
Kita berdua ke luar negara,
Bermain salji ataupun memetik bunga,
Pergi honeymoon untuk kali pertama.



Aku ke Ekspo Agro & Makanan Johor 2011

Aku pernah ke MAHA 2010 di Serdang.
5 jam pun tak habis pusing lagi.
Tapi yang ini,
tak sampai sejam dah siap.

Penat usung kamera aje...





Aku dan Bunohan

Filem baru. Buatan Malaysia. Belum boleh tayang kat sini lagi. Tapi dah menang award antarabangsa. Jalan cerita yang bagus. Watak2 yang bagus. Pergaduhan yang epik. Kena tunggu bulan 3 tahun depan. Baru nak tayang kat panggung. Itupun kalau luluslah.
* Bunohan itu nama sebuah kampung kat Kelantan rasanya.

Local film wins award at Taipei’s film fest KUALA LUMPUR: Local action-drama Bunohan has already garnered international acclaim and its first award even before its slated local release on March 8.
The film, directed by Dain Said, won the Netpac (Network For The Promotion Of Asian Cinema) award on Thursday night at the Taipei Golden Horse Film Festival in Taiwan. It had two screenings, on Nov 12 and Nov 22, in the “Going South” category. Another Malaysian film, Nasi Lemak 2.0, was also nominated in the same category.
The Netpac award is given to promote Asian cinema by highlighting notable films and discovering new talents.
Dain, who is in Jakarta now to work on a documentary…

Aku sebagai Chronic GP

Dah hampir 15 tahun aku ada degree MBBS.
Dan dah lebih 8 tahun aku jadi GP di klinik ini.
Kerja start pukul 9 pagi.
Tutup klinik pukul 10 malam.
6 hari seminggu.
Rutin hariannya lebih kurang sama sahaja.
Lebih separuh yang datang cuma sakit yang biasa2 dan perlukan MC.
Jadi lama-kelamaan otak jadi beku.

Kebanyakan patient aku, dah kenal sangat dengan aku.
Aku pun dah kenal sangat dengan mereka.
Lebih separuh adalah regular patient.
Tengok muka aje aku dah tahu apa sakitnya,
apa ubat yang sesuai untuk dia,
apa cerita keluarga dan anak2 dia,
apa cerita terkini tentang bisnes dia,
apa paras gula dan darah tingginya.
Jadi bila dah biasa kadang2 aku terlepas pandang.
Itu masalah aku sebagai Chronic GP.

Aku lebih suka tengok patient2 baru.
Aku boleh tanya macam2.
Aku boleh check betul2.
Aku selalunya tak missed anything.

2 kejadian ini berlaku dalam tempoh seminggu.
Silap aku kerana terlepas pandang.
Silap aku kerana percaya pada cerita2 yang lepas.
Juga mungkin sibuk melayan karenah pat…

Aku dan pesakit hari ini

Seorang lelaki Bangla.
Umur lewat 30-an.
Bulan ini sahaja dah 3 kali datang ke klinik aku.
Dia mengadu demam dan sakit2 badan.
3 kali datang aku check suhunya tak pernah lebih 37 darjah.
Aku tengok dia sihat macam mamat Bangla yang lain.
Aku dah syak macam2.
Malingering terutamanya.

Cukup 3 kali telinga aku dah tak tahan dengar komplen dia yang macam2.
Aku cakap aku nak ambik darah dia.
Dan masa aku nak ambik darah,
baru aku terperasan.
Kuku di semua jejarinya sangat putih.
Memang tak sama dengan mamat Bangla yang lain.
Sekarang tengah tunggu keputusan ujian darahnya.
 Dia dah berkira2 nak balik kampung.

Pening jaga mamat2 Bangla ni.
Kalau 5 orang sekali datang cukuplah.
Semuanya sakit yang berlainan.
Komplennya macam2.
Biasanya aku tak tahu apa sebenar sakitnya.
Yang kepenatan bekerja.
Yang kurang zat.
Yang kurang darah.
Yang kecacingan.
Yang sakit malas pun susah nak bezakan.

Selalunya aku kasihan dengan mereka.
Datang ke Malaysia berhutang keliling pinggang.
Sampai sini kerja te…

Aku dan Wordless Wednesday

Kreatif sungguh orang Kampar.
Kerusi plastik warna merah.
Dicat putih ditengahnya.
Pakukan pada sekeping kayu.
Dah jadi papan tanda.
No Entry!



Aku dan Semalam

Johor cuti umum semalam. Malaysia kan menang ibu segala pingat emas kelmarin? Jadi kenalah bercuti.
Tension gila tengok live football semalam. Kalau ada sakit jantung, pasti kena standby GTN kat kocek. Boleh kena heart attack tengok cara Fakri main. Juga cara Apek kawal pintu gol.
Malaysia memang patut menang. Walaupun Indonesia main kotor, anak2 muda kita langsung tak gentar. Ada ke patut, habis game aje terus serbu untuk check air kencing. Ingat kita main ngelat ke macam mereka?
Johor cuti sempena harijadi Sultan Johor. Bukan sebab Malaysia menang bola. Pukul 11.20 pagi aku dah sampai di Tebrau City. Pukul 11.30 pagi aku dah masuk panggung. Tengok Pengembaraan Tintin dan anjingnya.  Tapi 15 minit awal tengok iklan sahaja. Nasib baik ceritanya tak membosankan. Gambar dia macam real. Ala2 Avatar gitu. Tertunggu2 gak apa kesudahannya. Dan seperti biasa, akan ada sambungannya nanti.
Tebrau City tengah buat renovation sana-sini. TGV pun bukak separuh aje. Escalator banyak yang tak berf…

Aku Tak Nak Jadi Rasis

Cuti sekolah dah bermula.
Dah ramai beratur nak bersunat kat klinik aku.
Aku agak terdesak nak cari Catgut 3/0.
Ada beberapa salesrep yang aku kenal.
Seperti biasa aku dulukan bangsa sendiri.
Bila aku tanya barang ada ke tidak?
Dia kata nanti confirmkan.
Bila aku nak confirmed dia tak angkat call.
Hantar SMS pun tak dijawabnya.
2 hari aku beri dia peluang tapi tak juga nak balas.
Nak call aku jauh sekalilah.

Jadi aku call salesrep yang lain.
Bila aku kata urgent dia treat as urgent.
Walaupun dia janji tak boleh nak hantar cepat,
dia akan cuba sedaya upaya.
Petang Jumaat aku dah terima barangnya.
Tak sampaipun 24 jam.

Tiba2 mamat salesrep yang sebelum ini datang klinik.
Dia bawak barang yang aku pesan.
Siap dah keluar invois lagi.
Kalau mamat ni mamat Bangla yang tak faham cakap melayu,
memang mencarut aku depan dia.
Call tak jawab.
SMS tak balas.
Apa cerita beb?

Aku tahulah kau tu Area Sales Manager.
Tapi tak bermakna kau boleh layan aku camni.
Aku kenal ramai lagi Area Sales Manage…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini cerita beberapa hari lepas.
Seorang lelaki Bangla.
Umur awal 20-an.
Belum berkahwin.
Pagi2 lagi dah beratur nak jumpa aku.
Ditemani dengan seorang kawan dan supervisornya sekali.
Dia dan kawannya nak MC daripadaku.
Tak sempat nak pergi kerja.
Puncanya?

Pukul 2 pagi dia ke Unit Kecemasan hospital kerajaan.
Dia mengadu 'barangnya' tak boleh naik.
Diusik2 pun tak nak naik jugak.
Sebagai doktor aku berhak nak marah dia.
Apa kejadahnya pukul 2 pagi pergi ke Emergency Dept?
Serius sangat ke penyakitnya?
Kalau priapism lainlah cerita.
Lagipun dia belum kahwin.
Umur pun baru 20-an.
Muslim pulak tu.

Sebagai doktor aku juga berhak nak mencarut depan dia.
Dia datang jumpa aku sebab doktor kerajaan tak beri MC.
Ini bukan pertama kali.
Dah ramai mamat Bangla komplen 'barang' tak naik.
Dah satu asrama semuanya lelaki.
Tengok janggut dan misai aje macamana nak naik? 
Kena ada makhluk berlainan jantina baru tahu naik ke tidak?

!@#$%^&*()_+ punya Bangla.
Habis spoilt mood ak…

Aku ke Lata Kinjang Waterfall

Tengahari aku meninggalkan Cameron Highlands.
Aku patah balik ikut laluan Simpang Pulai.
Anak2 tak suka ikut laluan belok2 menuju Tapah.
Mabuklah, peninglah, nak muntahlah.


Sebelum sampai ke pekan Tapah,
aku ternampak satu signboard ke Lata Kinjang.
Dikatakan waterfall tertinggi di Semenanjung.
Aku selalu nampak waterfall ni kalau lalu kat highway.
Jadi alang2 dah sampai aku redah aje.
Jauh juga jalan menuju ke Lata Kinjang tu.
Kira2 10 km daripada jalan besar.


Waterfall Lata Kinjang.
Cantik dan bersih.
Juga kelihatan natural.
Orang pun tak ramai.
Maklumlah bukannya hujung minggu.
Tapi tanpa tripod dan wide angle lens,
gambar yang diambil ala kadar aje.



Aku di Hotel De La Ferns

Kali kedua ke Cameron Highlands tahun ini.
Seperti kali pertama,
aku datang masa bukan cuti sekolah.
Aku datang pada hari minggu dan sambung ke hari Isnin.
Jadi suasananya agak lengang dan harga hotel turun 50 peratus.


Kali ini aku stay di Hotel De La Fern.
Aku main redah aje.
Takda booking2 dulu.
Staf di kaunter sangat friendly.
Aku boleh tengok dan pilih bilik dulu.
Urusan check in pun tak sampai 5 minit.
Dapat diskaun lagi untuk buffet steamboat.


Hotel ini sangat selesa.
Semuanya serba baru.
Tempat parkingnya luas.
Lifnya pantas.
Sarapan paginya sedap dan pilihannya banyak.
Tiada extra charged dikenakan untuk kanak2.
Tak seperti masa kat Melaka tempohari.
Managernya tak boleh lebih kurang.


Cuma  aku tak boleh dapat bilik lebih tinggi untuk view lebih cantik.
Dapat tingkat satu dan tengok parking lot sahaja.
WiFi pula hanya di lobi dan cafe sahaja.
Itupun passwordnya asyik berubah2 walaupun percuma.


Kali kedua di Cameron Highlands.
Suhunya lebih sejuk banding dulu.
Malamnya pula …

Aku ke Gua Tempurung

Gua Tempurung.
Bukan tempat untuk jalan2.
Bukan tempat untuk fotografi.
Bukan tempat untuk menikmati ciptaan Tuhan.

Gua Tempurung.
Laluannya panjang, gelap dan perlu mendaki tangga yang curam.
Pakaian kena bersesuaian.
Kasut pun sama.

Gua Tempurung.
Ada 4 pakej untuk dipilih.
Kami pilih pakej yang paling pendek.
40 minit pergi dan balik.
Sekadar jalan2 dan tengok sekeliling yang gelap.
Kena datang lain kali untuk pakej lebih extreme.

Gua Tempurung.
Tour guide ada disediakan.
Tapi sekadar tunjuk objek2 jelmaan di batu kapur.
Ada bentuk ikan, kuda, naga, dolphin, dsbnya.
Osama Bin Laden pun ada.
Cuma aku yang tak dapat nak imagine.

Yang menarik di Gua Tempurung.
Gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Berusia jutaan tahun.
MasyaAllah.
Cantik sungguh kejadian ciptaan Tuhan.

Juga di Gua Tempurung.
Komunis pernah berkubu di sini.
Cicakman 2 dan Duyung shooting di sini.
Filem terbaru KRU pun khabarnya shooting di sini.


Aku dan Wordless Wednesday

Sanggupkah anda membayarnya?



Aku dan Chinese Wedding Part 2

Ini sambungan cerita sebelum ini.
Kalau sebelah pagi ada majlis di rumah,
sebelah malamnya ada pula majlis di restoran berhawa dingin.
Khabarnya satu meja berharga RM 400.00.
Kalau majlis sebelah pagi senyap sunyi,
majlis sebelah malam riuh rendah drp mula sampai habis.

Ada juruacara majlis.
Ada nyanyi2 karaoke.
Ada majlis potong kek dan tuang air.
Ada jalan2 ke setiap meja dan Yam Seng!!!

Seperti majlis di rumah,
makanan di majlis ini pun disediakan khas.
Kami diberi 2 meja khas.
Makanan pun didatangkan khas daripada katerer Melayu.
Ada Rendang Tok, Rojak Pasembor, Siakap Masam Manis dan Ayam Kicap.
Semuanya sedap2 belaka.

Sepanjang majlis berlangsung,
sepatah haram perkataan aku tak faham.
Itu semua tak jadi hal sebab kami tak terasa dipinggirkan.
Dipenghujung majlis,
keluarga kami diperkenalkan kepada para tetamu.
"Saudara yang hilang 63 tahun dijumpai kembali."


Pukul 11 malam baru majlis berakhir.
4 jam tak terasa lamanya.
Orang melayu makan sekali hadap aje.
Orang ci…

Aku dan Chinese Wedding

Pertama kali menghadiri majlis perkahwinan orang Cina.
Suasananya sunyi sepi.
Tiada langsung bunyi-bunyian.
Sekadar memberi minum teh kepada orang lebih tua.
Juga memberi pek ang paw kepada yang lebih muda.

Kami yang Melayu dilayan sangat mesra.
Tiada halangan untuk kami masuk rumah juga bilik pengantin.
Kami juga diberi minum teh.
Kami juga diberi ang paw.
Kami juga boleh bergambar sakan dengan pengantin.
Tiada langsung batasan walaupun berlainan agama.

Makan minum kami disediakan khas oleh orang Melayu.
Pinggan, cawan juga sudu juga dibawa khas.
Meja makan kami juga disediakan khas.
Tidak langsung bercampur dengan makanan mereka.

Aku suka layanan abang emak mertua aku.
Juga layanan saudara-mara mereka yang lain.
Walaupun jiran2 tengok kami semacam aje
tetapi tiada apa2 batasan atau halangan antara kami.

Pertalian darah menghubungkan kita.
Rasa seronok sangat dapat saudara berlainan bangsa dan agama.
Pelik juga bila difikir2kan.
Beberapa orang Melayu yang aku jumpa
terkejut bila ak…