Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 November 2011

Aku dan Semalam


Johor cuti umum semalam.
Malaysia kan menang ibu segala pingat emas kelmarin?
Jadi kenalah bercuti.

Tension gila tengok live football semalam.
Kalau ada sakit jantung,
pasti kena standby GTN kat kocek.
Boleh kena heart attack tengok cara Fakri main.
Juga cara Apek kawal pintu gol.

Malaysia memang patut menang.
Walaupun Indonesia main kotor,
anak2 muda kita langsung tak gentar.
Ada ke patut,
habis game aje terus serbu untuk check air kencing.
Ingat kita main ngelat ke macam mereka?

Johor cuti sempena harijadi Sultan Johor.
Bukan sebab Malaysia menang bola.
Pukul 11.20 pagi aku dah sampai di Tebrau City.
Pukul 11.30 pagi aku dah masuk panggung.
Tengok Pengembaraan Tintin dan anjingnya. 
Tapi 15 minit awal tengok iklan sahaja.
Nasib baik ceritanya tak membosankan.
Gambar dia macam real.
Ala2 Avatar gitu.
Tertunggu2 gak apa kesudahannya.
Dan seperti biasa,
akan ada sambungannya nanti.

Tebrau City tengah buat renovation sana-sini.
TGV pun bukak separuh aje.
Escalator banyak yang tak berfungsi.
Toilet pun banyak yang tengah upgrade.
Tapi tetap meriah dan penuh sesak.
Sana sini ada sale.
Dekorasi Christmas pun mula dinaikkan.

Klinik buka semula seperti biasa hari ini.
Ada beberapa kes menarik pagi ini.
Nanti aku cerita.





2 ulasan:

  1. Saya rimas masuk shopping complex bila dah nak Christmas...mengalahkan shopping complex di negara yg majoriti penduduknya Kristian, dihias melampau..siap dgn lagu Jingle Bell sana sini..

    BalasPadam
  2. Betullah Daddy Ziyyad.
    Christmas dah terlalu dikomersilkan.
    Sudah bukan perayaan agama lagi.
    Dah jadi macam pesta hujung tahun.
    Bahaya kan?

    BalasPadam