Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 November 2011

Aku dan Chinese Wedding Part 2













Ini sambungan cerita sebelum ini.
Kalau sebelah pagi ada majlis di rumah,
sebelah malamnya ada pula majlis di restoran berhawa dingin.
Khabarnya satu meja berharga RM 400.00.
Kalau majlis sebelah pagi senyap sunyi,
majlis sebelah malam riuh rendah drp mula sampai habis.

Ada juruacara majlis.
Ada nyanyi2 karaoke.
Ada majlis potong kek dan tuang air.
Ada jalan2 ke setiap meja dan Yam Seng!!!

Seperti majlis di rumah,
makanan di majlis ini pun disediakan khas.
Kami diberi 2 meja khas.
Makanan pun didatangkan khas daripada katerer Melayu.
Ada Rendang Tok, Rojak Pasembor, Siakap Masam Manis dan Ayam Kicap.
Semuanya sedap2 belaka.

Sepanjang majlis berlangsung,
sepatah haram perkataan aku tak faham.
Itu semua tak jadi hal sebab kami tak terasa dipinggirkan.
Dipenghujung majlis,
keluarga kami diperkenalkan kepada para tetamu.
"Saudara yang hilang 63 tahun dijumpai kembali."


Pukul 11 malam baru majlis berakhir.
4 jam tak terasa lamanya.
Orang melayu makan sekali hadap aje.
Orang cina pula makan ikut giliran.
Makanannya sampai satu2.


2 ulasan:

  1. kalau 8 course meal.....
    tersengguk sengguk!!!

    BalasPadam
  2. DrSinga,

    Mula dengan lauk2 dulu.
    Yang akhir baru ada nasi.
    Masa tu perut pun dah kenyang.
    Mata pun dah mengantuk.

    Teringat masa D&D kat kolej dulu...

    BalasPadam