Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 November 2011

Aku dan Chinese Wedding







Pertama kali menghadiri majlis perkahwinan orang Cina.
Suasananya sunyi sepi.
Tiada langsung bunyi-bunyian.
Sekadar memberi minum teh kepada orang lebih tua.
Juga memberi pek ang paw kepada yang lebih muda.

Kami yang Melayu dilayan sangat mesra.
Tiada halangan untuk kami masuk rumah juga bilik pengantin.
Kami juga diberi minum teh.
Kami juga diberi ang paw.
Kami juga boleh bergambar sakan dengan pengantin.
Tiada langsung batasan walaupun berlainan agama.

Makan minum kami disediakan khas oleh orang Melayu.
Pinggan, cawan juga sudu juga dibawa khas.
Meja makan kami juga disediakan khas.
Tidak langsung bercampur dengan makanan mereka.

Aku suka layanan abang emak mertua aku.
Juga layanan saudara-mara mereka yang lain.
Walaupun jiran2 tengok kami semacam aje
tetapi tiada apa2 batasan atau halangan antara kami.

Pertalian darah menghubungkan kita.
Rasa seronok sangat dapat saudara berlainan bangsa dan agama.
Pelik juga bila difikir2kan.
Beberapa orang Melayu yang aku jumpa
terkejut bila aku cerita tentang hal ini.




2 ulasan:

  1. saya selalu baca blog dr ni.. sgt menarik.. bile bc entri ni, sy pn terkejut.. kire nya isteri dr ni berbangsa cina ke?

    BalasPadam
  2. Azim,

    Ada darah cina separuh.
    Tapi dari lahir dah jadi melayu.

    Azim,

    Rajin2lah tulis blog itu.
    Satu entri aje sampai sekarang.
    Mana cukup?
    :)

    BalasPadam