Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 November 2011

Aku dan Hari Ini Dalam Sejarah

Tahun 2008 
Tahun 2009
Tahun 2010


November 1996 mengimbau kenangan,
Aku Houseman baru 5 bulan,
Di wad bersalin Muar aku ditempatkan,
Dengan Mr Ghazali Pakar Sakit Puan.

Cuti kahwinku singkat sahaja,
Nikah Jumaat Isnin dah kena kerja,
Aku on call selang sehari bekerja,
Tiada istilah honeymoon atau apa2.

Kita bermula dengan berdua,
Dengan sedikit wang tanpa sebarang harta,
Yang ada hanyalah cinta kita,
Namun susah senang kita tempuh jua.

Hanya dia yang aku cinta,
Tiada dua atau penggantinya,
Kehadirannya pelengkap segalanya,
Hanya mati memisahkan kita.

Selepas 15 tahun kita bersama,
Kesibukan kita tak pernah reda,
Membesarkan anak cukuplah tiga,
Juga kerja, kerja dan kerja.

Aku ingin meluangkan masa,
Kita berdua ke luar negara,
Bermain salji ataupun memetik bunga,
Pergi honeymoon untuk kali pertama.



5 ulasan:

  1. dr zul tak penah gi hanimun lagi? time to go!!!

    selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 15. semoga terus berbahagia ya. amin....

    BalasPadam
  2. salam ulangtahun perkahwinan..semoga aman dan sentosa serta kekal bahagia selamanya..amin...

    BalasPadam
  3. Happy Anniversary bro..

    Seriously, tak pernah honeymoon ke sejak kahwin?

    BalasPadam
  4. by the way, abang ipar bro zul ialah doktor juga ya..baru tau lepas baca sajak cinta tu..:P

    BalasPadam
  5. wiiiwittttttt...

    happy anniversary bro!!

    cuti je..
    anak anak dah besar...

    BalasPadam