Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 November 2011

Aku dan Musim Haji


Dah lama aku beli buku ini.
Tapi tak berkesempatan membacanya.
Ramai yang suggest baca buku ini.
Supaya lebih bersemangat untuk nak ke sana.

Ianya hasil pengalaman seorang Profesor Perakaunan
daripada UITM Shah Alam.
Buku ini ditulis secara jujur
oleh orang biasa seperti aku.
Bukannya seorang ustaz atau orang alim.
Seorang yang hanya membuat yang wajib,
seorang yang jarang membuat yang sunat,
seorang yang kurang pandai membaca Al-Quran,
seorang yang cetek ilmu agamanya,
seorang yang melebihkan dunia banding akhirat.

Aku terasa sungguh kerdil bila baca buku ini.
Banyak sungguh kekurangan diri.
Mengerjakan haji bukan sekadar menguji kesabaran.
Haji juga perlukan ilmu dan amalan.
Bukan setakat pergi sahaja.

Terima kasih kepada wife.
Yang selalu mengingat dan menegurku.
Betul katanya.
Umur dah semakin tua.
Takkanlah masih nak berlagak muda pulak.
Belajar2lah berbuat yang sunat pulak.




2 ulasan:

  1. semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti, insya Allah!!

    BalasPadam
  2. harap-harap sempatlah kite semua kerjakan haji....

    BalasPadam