Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 November 2011

Aku di Hotel De La Ferns


Kali kedua ke Cameron Highlands tahun ini.
Seperti kali pertama,
aku datang masa bukan cuti sekolah.
Aku datang pada hari minggu dan sambung ke hari Isnin.
Jadi suasananya agak lengang dan harga hotel turun 50 peratus.


Kali ini aku stay di Hotel De La Fern.
Aku main redah aje.
Takda booking2 dulu.
Staf di kaunter sangat friendly.
Aku boleh tengok dan pilih bilik dulu.
Urusan check in pun tak sampai 5 minit.
Dapat diskaun lagi untuk buffet steamboat.


Hotel ini sangat selesa.
Semuanya serba baru.
Tempat parkingnya luas.
Lifnya pantas.
Sarapan paginya sedap dan pilihannya banyak.
Tiada extra charged dikenakan untuk kanak2.
Tak seperti masa kat Melaka tempohari.
Managernya tak boleh lebih kurang.


Cuma  aku tak boleh dapat bilik lebih tinggi untuk view lebih cantik.
Dapat tingkat satu dan tengok parking lot sahaja.
WiFi pula hanya di lobi dan cafe sahaja.
Itupun passwordnya asyik berubah2 walaupun percuma.


Kali kedua di Cameron Highlands.
Suhunya lebih sejuk banding dulu.
Malamnya pula hujan lebat.
Menghadap steamboat sambil borak2.
Pukul 11 semua dah tidur.

Yang lain2 dah tak best dah.
Ladang strawberi, ladang teh, ladang sayur,
kebun bunga, kedai2 cenderamata,
semuanya dah terlalu biasa.
Nak ambik gambar pun dah takda mood.
Kena cari port baru nampaknya.



1 ulasan:

  1. salam..last weekend sy pegi semua dah penuh hotel ni..rasa nak pegi lagi n stay sini mcm bess sbb baru kan..

    rate paling rendah pon RM380 huhu

    BalasPadam