Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 November 2011

Aku ke Global Pets


Lama tak ke Global Pets.
Lama tak jumpa doktor veterinar.
Kalau haiwan aku sakit sikit2,
akulah yang jadi doktornya.
Yang selamat; alhamdulilah selamat.
Yang tak selamat; alhamdulilah selamat jugak.
Selamat dikuburkan.

Sebulan yang lalu Chomel beranak lagi.
Kali ini 5 ekor sekaligus.
Semuanya cantik2.
Bulu panjang dan hidung pendek.
Tapi aku tak larat nak jaga semuanya.
Nak jual pun tak sampai hati.
Jadi 3 ekor aku hantar ke Bandar Tenggara.
Seekor aku hantar ke Kuala Lumpur.
Aku beri kat keluarga angkat masing2.

Yang ini Chombi namanya.
Dia suka tidur dalam pasir.
Jadi dah ada jangkitan fungus di telinga dan ekornya.
Sebab tu aku bawak jumpa doktor.
Nak tanya apa rawatannya.

Memandangkan beratnya cuma 0.48 kg,
doktor tak boleh buat apa2.
Sekadar shampoo dan vitamin sahaja.
Juga jaga kebersihannya.
Juga Syp Antamin 0.5ml untuk kurangkan gatal.
Terbang juga RM 60.00.
Consultation Fee 15 minit RM 26.00.
Takda diskaun2 walaupun dah selalu datang.

Anak perempuan aku minat nak jadi doktor veterinar.
Aku dan wife pernah interview doktor veterinar tu.
Sambil dia sibuk check kucing aku,
wife aku tanya macam2 pasal kerjaya ini.
Consultation Fee mahal beb!
Jadi tanyalah apa2 nak tanya pun.
Nasib baik doktor tu rajin pulak menjawabnya.
Kalau doktor specialist di JSH sana,
jangan harap dia nak layan soalan2 begitu.

Harap2 tercapai impian anak perempuanku ini.
Bolehlah bukak klinik sebelah klinik aku nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan