Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 November 2011

Aku ke Gua Tempurung







Gua Tempurung.
Bukan tempat untuk jalan2.
Bukan tempat untuk fotografi.
Bukan tempat untuk menikmati ciptaan Tuhan.

Gua Tempurung.
Laluannya panjang, gelap dan perlu mendaki tangga yang curam.
Pakaian kena bersesuaian.
Kasut pun sama.

Gua Tempurung.
Ada 4 pakej untuk dipilih.
Kami pilih pakej yang paling pendek.
40 minit pergi dan balik.
Sekadar jalan2 dan tengok sekeliling yang gelap.
Kena datang lain kali untuk pakej lebih extreme.

Gua Tempurung.
Tour guide ada disediakan.
Tapi sekadar tunjuk objek2 jelmaan di batu kapur.
Ada bentuk ikan, kuda, naga, dolphin, dsbnya.
Osama Bin Laden pun ada.
Cuma aku yang tak dapat nak imagine.

Yang menarik di Gua Tempurung.
Gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Berusia jutaan tahun.
MasyaAllah.
Cantik sungguh kejadian ciptaan Tuhan.

Juga di Gua Tempurung.
Komunis pernah berkubu di sini.
Cicakman 2 dan Duyung shooting di sini.
Filem terbaru KRU pun khabarnya shooting di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan