Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 November 2011

Aku sebagai Chronic GP


Dah hampir 15 tahun aku ada degree MBBS.
Dan dah lebih 8 tahun aku jadi GP di klinik ini.
Kerja start pukul 9 pagi.
Tutup klinik pukul 10 malam.
6 hari seminggu.
Rutin hariannya lebih kurang sama sahaja.
Lebih separuh yang datang cuma sakit yang biasa2 dan perlukan MC.
Jadi lama-kelamaan otak jadi beku.

Kebanyakan patient aku, dah kenal sangat dengan aku.
Aku pun dah kenal sangat dengan mereka.
Lebih separuh adalah regular patient.
Tengok muka aje aku dah tahu apa sakitnya,
apa ubat yang sesuai untuk dia,
apa cerita keluarga dan anak2 dia,
apa cerita terkini tentang bisnes dia,
apa paras gula dan darah tingginya.
Jadi bila dah biasa kadang2 aku terlepas pandang.
Itu masalah aku sebagai Chronic GP.

Aku lebih suka tengok patient2 baru.
Aku boleh tanya macam2.
Aku boleh check betul2.
Aku selalunya tak missed anything.

2 kejadian ini berlaku dalam tempoh seminggu.
Silap aku kerana terlepas pandang.
Silap aku kerana percaya pada cerita2 yang lepas.
Juga mungkin sibuk melayan karenah patient2 yang lain.
Menyebabkan aku agak sambil lewa sahaja.

Kes pertama.
Budak lelaki berusia 7 tahun.
Aku kenal sejak lahir lagi.
Famili dia pun semua aku kenal.
Dia selalu datang klinik sakit biasa2 sahaja.
Demam, sakit perut, muntah juga batuk/selsema.
Hari pertama dia datang kerana muntah2.
Aku tengok dia aktif seperti biasa.
Perut dia sedikit kembung dan tiada demam.
Esoknya dia datang lagi.
Kali ini dah tak muntah tetapi cirit-birit pulak.
Dia ada mengadu sakit perut.
Dia takda demam dan masih boleh senyum denganku.
Esoknya dia datang lagi.
Kali ini dia mengadu sakit perutnya bertambah.
Dia masih boleh senyum bila aku pegang perutnya.
Aku langsung tak terfikir pasal Acute Appendisitis.
Sebab dia langsung tak demam ataupun sakit disebelah kanan perut.
Dan kali ini aku tulis satu surat rujukan.
Kalau sampai malam tak sembuh juga,
aku suruh pergi hospital.
3 kali datang klinik bermakna ada sesuatu yang tak kena.
Telahanku tepat.
Cuma aku tak diagnosed Acute Appendisitis.
Appendix location: Subhepatic.
Aku terkilan jugak sebab 3 hari aku simpan adik ini.
Sepatutnya awal2 lagi aku dah hantar ke hospital.
Kalau adik ini first time datang klinik,
aku pasti takkan terlepas pandang.

Kes kedua.
Ingat kes mamat Bangla yang kukunya putih semalam?
Dia pun selalu sangat datang klinik aku.
Aku terkilan sebab aku pukul rata semua mamat2 Bangla ni.
Semuanya overworked dan mencari alasan untuk MC.
Pengalaman 15 tahun mengajarku.
Tapi kali ini aku silap lagi.
Nasib baik aku buat ujian darah.
Buah pinggang OK.
Hati dia pun OK.
Cuma paras thyroidnya dah naik sekali ganda.
Bila aku semak balik kad dia,
kebanyakan komplennya berkait dengan paras thyroidnya.
Kenapa aku jadi careless sebegini?

Aku nak minta maaf kat pesakit2 aku.
Terutama yang dah biasa sangat denganku.
Aku hanya manusia biasa.
Kebiasaan membutakan hatiku.
Pengalaman mengajarku banyak perkara.
Pengalaman juga membutakanku.

5 ulasan:

  1. Thanks sudi berkongsi, saya belajar benda baru hari ni, yg mana saya pun mungkin akan miss: Subhepatic located appendix.

    Cuma kenapa pale sangat kuku mat bangla yang hyperthyroid tu? Hb dia berapa?

    BalasPadam
  2. DaddyZiyyad,

    Hb 16.8.

    Macamana nak kaitkan dgn thyroid saya pun pening...

    BalasPadam
  3. nasib baik adik appendicitis tu dirujuk juga...mungkin org lain pun boleh missed kalau appendixnya tidak di tempat biasa mcm tu ...

    BalasPadam
  4. subhepatic memang tak ada tenderness sangat ek?

    BalasPadam
  5. Sama cam anak aku. Selalu makan tak ingat dunia. Lepas tu sakit perut. Satu hari, dia demam padahal pagi tu sihat berlari2. Katanya sakir perut. Kita assume angin macam biasa. Tapi demam tak surut. Esok bawak gi hospital, sib bai locum tu thorough jugak dia check. Dia suh amik darah. Lepas 1 jam, dia suspect appendicitis. Panggil specialist turun tgk.

    Confirm pulak. Dia kata "parents selalu assume anak kena angin. pastu letak minyak panas. baik kejap." terasa aku..

    Esok pagi operate. Menangis aku tgk anak aku kat OT. Kesiannya. Sekarang aku lebih prihatin. Taknak assume anak2 mengada2.

    BalasPadam