Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 November 2011

Aku Tak Nak Jadi Rasis


Cuti sekolah dah bermula.
Dah ramai beratur nak bersunat kat klinik aku.
Aku agak terdesak nak cari Catgut 3/0.
Ada beberapa salesrep yang aku kenal.
Seperti biasa aku dulukan bangsa sendiri.
Bila aku tanya barang ada ke tidak?
Dia kata nanti confirmkan.
Bila aku nak confirmed dia tak angkat call.
Hantar SMS pun tak dijawabnya.
2 hari aku beri dia peluang tapi tak juga nak balas.
Nak call aku jauh sekalilah.

Jadi aku call salesrep yang lain.
Bila aku kata urgent dia treat as urgent.
Walaupun dia janji tak boleh nak hantar cepat,
dia akan cuba sedaya upaya.
Petang Jumaat aku dah terima barangnya.
Tak sampaipun 24 jam.

Tiba2 mamat salesrep yang sebelum ini datang klinik.
Dia bawak barang yang aku pesan.
Siap dah keluar invois lagi.
Kalau mamat ni mamat Bangla yang tak faham cakap melayu,
memang mencarut aku depan dia.
Call tak jawab.
SMS tak balas.
Apa cerita beb?

Aku tahulah kau tu Area Sales Manager.
Tapi tak bermakna kau boleh layan aku camni.
Aku kenal ramai lagi Area Sales Manager.
Setiap kali turun Kulai, mesti call aku ajak minum.
Setiap kali hari raya, mesti hantar hamper.
Mesti hantar SMS setiap kali pagi raya.

Aku tak nak jadi rasis.
Aku tak nak tengok warna kulit.
Tapi deal dengan bangsa lain lebih mudah banding bangsa sendiri.
Aku dah banyak kali terkena.
Tapi ini mungkin kali yang akhir.
Aku malas nak deal dengan dia lagi.



8 ulasan:

  1. Saya pun pernah terkena. Saya suruh staff pejabat am order food for jamuan. Order for 70-80 people. Tapi makcik tu prepare food for 40 orang. Akibatnya, organizers tak dpt makan. Itu yg kali ke-2 kami kena. Kali pertama lagi malu, masa international conference, kami suruh dia prepare utk hi-tea traditional food.Dia sediakan air teh semua, tapi susu and gula letak dlm tupperware. Dah la ramai international delegates, mmg malu kami. Mmg takkan order dah dgn makcik tu, geram aje. Nasib baik juge saya ada kenal dgn caterer melayu yg professional.

    BalasPadam
  2. Sama dgn kawan2 aku yg sebangsa. Selalu call offer servis itu ini. Kita ni sbb nak tolong kawan dan nak tolong bansa sendiri punya pasal, panggil la & siap rekomen kat orang. 1st time datang ok la..pastu bila lain kali panggil, senyap. Call x jawab, sms dah reply, nak kata sibuk, kat FB selalu pulak update. Hampeh sungguh. Pastu nnt dgn tak malu, dia call tanya taknak guna servis dia lagi ker? Ptui!

    BalasPadam
  3. Masa nak beli Estima dulu pun kena kencing gak. burn deposit RM5K dia taknak pulang. Last2 terpaksa amik motor skuter dari kampeni dia gak, siap kena top-up lagi.

    Tahun ni buat kabinet utk bilik2 kat rumah, tokey tu (sebangsa) overcharge dari 1st invois. Drawing yg aku amend semua dia tak ikut, final bil double charge perkara2 yg dia dah quote mula2. Nasib baik aku audit balik sebelum bayar. Dpt save dekat RM9K. Hampeh betul org Melayu kita ni.

    BalasPadam
  4. Betul la. Cuba baca link ni, menarik gak. bukan nk kondem bangsa sendiri, tapi dah berlarutan sampai dah tak boleh nk sembunyi lagi. Malu.

    http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/bagaimana-nak-untung-dalam-berniaga.html

    BalasPadam
  5. wak ingat nanti2 bila senang nak ajak doktor minum bila turun Kulai... eeee wak dah datang nih nak komen komennn....

    BalasPadam
  6. Taz,

    Bila kita dengar ceramah,
    ustaz2 suruh dahulukan sebangsa seagama dulu.
    Siap ada yang kata haram kalau dahulukan bangsa lain.

    Tapi pengalaman dah banyak mengajar kita.
    Bangsa sendiri kurang serba-serbi.
    Terutama hal2 PR ni.
    Habis camna?

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama,

    terima kasih bagi link tu.
    banyak kebenarannya.
    habis camna?

    kalau masuk kedai2 melayu,
    jgn harap dpt layanan mcm masuk kedai2 bukan melayu.
    kalau ada pun, pekerjanya Indon bukannya Melayu.
    Walaupun tak semua,
    tetapi hampir semua begitu.

    BalasPadam
  8. Wak Gelas,

    "sudah tukar ke sekarang?"

    apa2pun,
    selamat kembali.

    BalasPadam