Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Disember 2011

Aku beremosi bila...

Aku beremosi bila...
Sahabat lama mula aktif dengan politik.
Pagi2 lagi dah hantar SMS.
Nak kena jumpa VVIP.
Ada urusan politik.
Urgent.
Nak mohon cuti tak sempat.
Nak mintak tolong tuliskan MC sehari.

Aku beremosi bila...
Lepas sebulan baru dia datang.
Menagih MC yang entah bila aku pun dah lupa.
Maklumlah ahli politik.
Sibuk dengan urusan melihat kawasan.
Padahal klinik hanya di depan mata.

Aku beremosi bila...
Hari2 cuti pun ada sahabat call.
Bukannya bertanya khabar berita.
Tanya kenapa tak bukak klinik.
Bukannya apa.
Nak ambik MC untuk anak.
Ada urusan peribadi di Kuala Lumpur.

Aku beremosi bila...
Lepas 2-3 hari anaknya datang ke klinik.
Menagih MC yang dipohon.
Ayah cuma berkirim salam.
Sambil berterima kasih diangin lalu.

Inilah sahabat zaman sekarang.
Hanya ingat aku bila perlukan MC.
Langsung tak ingat bila hari raya.
Langsung tak ingat bila buat rumah terbuka.
Langsung tak ingat bila dah kaya.
Langsung tak ingat bila dah berkuasa.
Aku sangat beremosi hari ini.


5 ulasan:

  1. Itu bukan sahabat, itu musibat! :)

    BalasPadam
  2. Mohon insan yg "berkenaan" tu tlglah fhm ya sy as a wife dah naik menyampah dgn org2 tsrsebut. Please...fahamlah ya saya tak mau kami sekeluarga turut berdosa dengan bohongan anda itu. Ingat, besar mana sekalipum pangkat atau kuasa yg kita ada jgn sesekali mengajak org lain dpt rezeki yg tak berkat sebagaimana yg kita dpt. Sy berhrp sgt org yg "berkenaan" itu henti2kanlah kerja anda itu . Sy pun emosi bila blk suami cerita. Semoga mereka2 itu di beri hidayah oleh Allah s.w.t untuk bertaubat ....Amin...

    BalasPadam
  3. Tengok...
    Wife aku pun beremosi jugak.

    :(

    BalasPadam
  4. Bg mg tending tak boleh ka?-cg am-

    BalasPadam